Wednesday, January 10, 2018

Soalan: Pertanyaan

Nama*:Zaidi
Tajuk*:Pertanyaan
Message*:Salam Ustaz....

Saya nak bertanya :

1/. Tiba - tiba lintasan hati atau berkata dalam hati datang, saya sedang menghembus nafas dari hidung sebanyak dua kali...Saya jadi was was....Saya buat hembus nafas dari hidung sekali lagi sebanyak dua kali untuk yakinkan saya tidak lafaz...Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Cuma saya rasa was was....

2/. Ketika berdehem atau batuk.....datang lintasan hati atau berkata dalam hati...Saya batuk atau berdehem sebanyak dua kali....Kemudian timbul pula was was yang datang menganggu saya....Saya buat batuk atau berdehem sekali lagi sebanyak dua kali untuk buktikan yang saya tidak lafaz.....Saya yakin Ustaz.....Saya yakin tidak lafaz dan saya tidak ada niat...

3/. Semasa saya sedang mencari soalan2 lain didalam internet sambil menggerakkan tetikus....secara tidak sengaja tetikus yang saya gerakkan itu lalu ke arah perkataan "Ta_ _ _". Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat.....

4/. Pada perkataan "Ta_ _ _"......saya telah tertekan "Ta_-" begini. Kemudian saya betulkan semula sebelum saya hantar soalan pada Ustaz. Saya tidak ada niat Ustaz dan Saya yakin tidak lafaz.....


Jatuh atau tidak Ustaz?

Salam

Untuk kes ini, saya nasihatkan anda rawati dan ubati penyakit was-was.

Perkara pokok yang mudah ialah anda kena baca dan faham sedikit ilmu fiqh tentang cerai dan talak..

Yang lain itu adalah gangguan semata-mata.

tk

Visitor IP: 175.143.90.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA