Nama*: | Pn. A |
Tajuk*: | Talak Kinayah dan Tergantung |
Message*: | Assalamualaikum, saya baru selesai bicara kes pengesahan lafaz cerai pada 1.8.2017 yang berbunyi "aku nak ceraikan kau!". Dan hakim menyabitkan jatuh talak 1 kali kedua oleh hakim atas pengakuan suami mengatakan niatnya nak bercerai pada 31.1.2017 yang lalu. Saya agak kecewa kerana selepas suami mengungkapkan lafaz tersebut, dia hanya mengugut saya kerana saya ketika itu sedang meyakinkan suami yang saya masih isterinya dan ketika itu kami telah bersama selepas melakukan rujuk dengan perbuatan, sebab waktu itu juga kami belum tahu lagi samada keputusan pengesahan rujuk secara perbuatan itu sah atau tidak dan akhirnya hakim kata sah. Selepas mengetahui sah rujuk, saya dan suami berdamai semula dan kami tinggal bersama dan suami ada meminta maaf dan kata dia minta maaf, dia tak tahu yg saya masih isterinya. Setelah dua bulan, kami ada bergaduh semula dan saya diarah balik duduk rumah mak oleh ibu bapa suami, dan saya terkejut sebulan selepas itu, suami menghantar saman pengesahan lafaz cerai yg setahu saya itu hanya ugutan dan semasa perbicaraan dia mengaku dia ada niat dan jatuh la talak kepada saya. Apa hukumnya jika niat suami tu datang semula dan menggunakan lafaz yg lepas? Boleh kah itu dikira sah? Sebab dia ada kata, nak pg daftar permohonan cerai tp sbb dia tahu saya akan tak setuju dan kes akan jadi lama, dia buat pengesahan lafaz dan membuat pengakuan palsu. |
File Upload: |
Apabila kes dibawa ke mahkamah, maka keputusan mahkamah itu adalah benar dan perlu diikuti.
Pihak mahkamah akan mendengar semua hujahan sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. Saya percaya kepada pengakuan suami, kerana hak cerai talak itu ada pada suami. Keterangan suami di mahkamah adalah mengikut apa yang dia niatkan, dia maksudkan. Jika suami menipu, maka itu adalah dosa kepadanya dan dia menipu mahkamah..
Maaf saya tidak dapat mengulas lebih lanjut.
tk
Visitor IP: 183.171.66.14
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.