Tuesday, August 1, 2017

Soalan: mohon penjelasan

Nama*:muhd jasni awaluddin
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:salamwarahamatullah ustaz..saya ada satu masalah yg ingin dikongsi pada ustaz dan berharap ustaz dapat tolong saya.ia berkenaan dgn hal dan penyakit was2..saya setiap kali bangun tidur pada waktu pagi kadang kala pasti nampak cairan yang bercirikan kilau-kilauan,bertali lekit seperti air liur,dan apabila saya hidu,ia tidak berbau apa pun..jadi saya teruskn dengan membersihkannya dan tidak laksanakan pun mandi hadas..tapi kadang kala saya diganggu bermacam2 perasaan seperti saya ni berhadas besar la dan mcm2 bisikan dlm perasaan ini..ini lah yang saya alami selalu..tapi ustaz jika lihat dari ciri itu ia bukanlah air mani kan?? mazi pun boleh juga keluar semasa tidur juga ye? ada yang saya bertanya pada yang lain semua berkata abaikan saja dan cuci..jadi ustaz berdasarkan masalah yang saya hadapi ini,ia bukanlah mani ye? yang berlaku pada sya ini hanyalah mazi sje ye?? jadi tepatkah tindakan saya abaikan sje?
File Upload:
Salam

Usah dilayan keraguan yang mendatang. Jika tidak ada mimpi kemuncak, ia adalah air mazi yang cukup dengan basuhan sahaja.

Atasi penyakit anda dengan ilmu.. BElajarlah hukum hakam fiqh sebaiknya dan tahu hukum hakam. dengan keyakinan anda tidak ada lagi keraguan.

banyakkan istighfar dan binalha keyakinan diri sendiri.

tk

Visitor IP: 183.171.69.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA