Soalan: Kemusykilan pd lafaz Takliq
Nama*: | Ahmad |
Tajuk*: | Kemusykilan pd lafaz Takliq |
Message*: | Assalamualaikum ust..sy ada bergaduh dgn isteri menyebabkan isteri sy ingin mbawa diri ke dlm bilik tidur kami di tingkat 2..Semasa beliau ingin naik ke atas..sy telah lafazkan kalau kau naik ke atas, aku talak kau..dia tidak engkar arahan sy..
Soalan sy.. Adakah jatuh talak ke atas beliau jika dia naik ke bilik tidur slps ini (kemudian hari) kerana semasa sy melafazkan hnya waktu itu shj cuma sy tidak sebut ketika itu..niat di hati hnya itu waktu itu shj..tq ustaz |
File Upload: | |
Salam
Lafaz taklik mengikut apa yang diniatkan oleh suami. Jika suami bermaksud ia hanya pada malam itu sahaja, maka taklik itu terkhusus pada malam berkenaan sahaja.
Malam berikutkan ia tidaklah lagi terikat dengan taklik jika itulah yang diniatkan oleh suami.
tk
Visitor IP: 183.78.62.46
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.