Soalan: chatting
Nama*: | amran |
Tajuk*: | chatting |
Message*: | asalamualaikum
ustaz, ketika saya jahil dulu saya selalu menipu orng dalam laman sesawang menggunakan tulisan yg saya ni telah bercerai dengan niat nak menipu. saya tak pernah berniat bercerai. saya terbaca artikel yg mengatakan lafaz soreh berguraupun boleh jatuh talak. mcmana ye ustaz benda ni berlaku dah 5 tahun dah. saya tak mampu tarik balik masa. bolehkan saya bertaubat sahaja tanpa ke pejabat agama. |
File Upload: | |
Salam
Jika anda bermaksud menipu maka ia tidaklah dikira talak yang sah. Kerana suami tidak pernah menceraikan isterinya hanya dia berniat menipu atas tujuan tertentu.. hehe... maka tidaklah terjadi talak.. tetapi perbuatan itu berdosa besar kerana MENIPU... ini mesti nak goda awek yeee..
Ok, jom lah kita taubat banyak-banyak.
tk
Visitor IP: 175.145.114.67
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.