Wednesday, August 9, 2017

Soalan: Adakah lafaz taklik boleh terpakai sampai bila-bila?

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Adakah lafaz taklik boleh terpakai sampai bila-bila?
Message*:Assalam Ustaz,

Sekiranya suami melafazkan taklik kepada isterinya "Sekiranya salah seorang dari kita pernah tidur (bersetubuh) dengan orang lain, pada masa dahulu dan akan datang maka jatuhlah talak".

Kes 1: Masa dahulu salah seorang dari mereka telah berbuat demikian dan mereka telah rujuk kembali.

Kes 2: Setelah mereka rujuk dan kembali hidup sebagai pasangan suami isteri, tidak disangka salah seorang dari mereka telah berbuat (tidur) dengan orang lain.

adakah secara automatiknya taklik yang sebelum ini akan terpakai kembali walaupun tanpa dilafazkan oleh suami pada masa kini.

istilah tidur ini adakah hanya tertumpu kepada niat si suami iaitu dengan melakukan persetubuhan atau ia merangkumi kesemuanya? contoh kalau tertidur semasa balik naik bas dan disebelahnya merupakan orang lain. atau semasa tidur ramai-ramai di ruang tamu, ada sepupunya sekali tidur di situ.

terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik seperti ini adalah sah, cuma kenalah jujur sama ada pasangan pernah bersetubuh atau tidak..

setelah berlakunya talak sengan sebab taklik ini, (suami isteri merujuk kembali) maka taklik itu dengan sendiri akan terbatal. Taklik akan sah selama tempoh perkahwinan itu sahaja.

tk


Visitor IP: 175.138.187.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA