Monday, September 18, 2017

Soalan: talak kinayah, taklik, wuduk dll

Nama*:amran
Tajuk*:talak kinayah, taklik, wuduk dll
Message*:aslm ustaz, saya ada beberapa soalan yg diperlukan jawapan
1. talak kinayah berniat perlukan dua maksud samada talak atau tidak. sekiranya maksud bukan talak tetapi berniat mcmana pula. contohnya 'aku makan nasi' dalam hati ada niat talak. adakah itu termasuk talak kinayah atau lintasan niat semata mata?
2. bolehkah berlakunya taklik tanpa pengetahuan isteri? bolehkah taklik ditarik balik tanpa maklumkan kepada isteri?
3. bolehkah saya guna pendapat lain seperti wuduk tak terbatal apabila bersentuhan dengan isteri tanpa shahwat. seperti mazhab hanafi tetapi solat dan angkat wuduk menggunakan mazhab shafie.
4. saya pernah melihat gambar isteri dalam masa yang sama tak tahu mcmana menyebut gambar jandaku tanpa pasti apa niat masa tu. jatuhkah talak.
5. mana lebih afdal? berzikir dalam hati atau berlafaz. berdoa dalam hati atau berlafaz
tk. waslm
File Upload:
Salam

1. Talak kenalah disebutkan dengan jelas, jika lafaz kinayah pun ia membawa maksud kepada perceraian, bukannya pada makan nasi pun nak dikaitkan dengan talak.. itu sudah tidak betul.. kurafat..

2. Taklik hendaklah dilafazkan di hadapan isteri, agar isteri tahu apa larangan  yang dibuat. Jika isteri tak tahu, tidaklah dikira sah taklik berkenaan.

3. Boleh gunakan pendapat mazhab lain setelah anda baca buku dan fahami kaedahnya..

4. Ia tidak menjatuhkan talak

5. kedua-duanya baik.. ada ketika berzikir dalam hati, ada ketika perlu dilafazkan sebagai ingatan dan kekuatan ingatan kepada zikir yang disebut.

tk

Visitor IP: 183.78.47.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA