Tuesday, August 8, 2017

Soalan: Ragu-ragu / Was-was / Syak Akan Niat Kita

Nama*:Saiful
Tajuk*:Ragu-ragu / Was-was / Syak Akan Niat Kita
Message*:Salam

Bagaimana jikalau kita ragu-ragu / was-was / syak akan niat kita.

Baru-baru ini saya ada bergaduh dengan isteri saya, lalu saya berkata:

"aku tak suka lihat muka mu lagi"

"kau membuat aku malu"

"kau jangan sampai aku lepaskan kau"

Tetapi pada masa itu seakan-akan tiada apa-apa niat di dalam hati dan fikiran saya atau mungkin saya lupa apa akan niat saya (saya memang jenis cepat lupa, baru 2 saat letak kunci kereta atas almari, dah lupa dekat mana letak). Dan beberapa2 hari selepas itu fikiran / hati saya berkata:

1. "adakah aku niat cerai hari tu"

2. "adakah aku niat untuk menakut-nakutkan kan dia sahaja pada hari tu"

3. "adakah niat aku hanya untuk membuat dia insaf dan takut akan perbuatan dia terhadap aku"

Nombor 1, 2 dan 3 diatas ini bermain-main di fikiran / hati saya sekarang. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah ini permainan bisikan syaitan?
File Upload:
Salam

Pastikan ungkapan itu tiada ada NIAT utk cerai, maka ia tidaklah terjadinya talak.

Masalahnya kerana saudara sendiri yang timbul keraguan selepas ia diucapkan.

So, hentikan keaguan dan berpeganglah kepada ilmu dan hukum Allah.

Usah terleka dengan mainan syaitan dan kelemahan yang ada pada diri anda sendiri.

tk
Visitor IP: 162.253.130.19

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA