Soalan: Tiada Niat
Nama*: | Ali |
Tajuk*: | Tiada Niat |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz....
1/. Semasa isteri saya sedang memandu, lampu isyarat masih hijau lagi.Saya berkata pada isteri saya "Hijau....Hijau".Secara tiba - tiba isteri saya berhenti dilampu isyarat tersebut lalu saya berkata pada isteri saya "Alah....lepaslah sayang".Kemudian isteri saya berkata pada saya "Mana sempat bang...lampu isyarat dah tukar merah dah".Saya pun diam....
Ustaz,Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat.
2/. Saya berkata pada isteri saya "Kalau abang terlupa tu...minta maaflah yea,sebab abang dah termakan semut api banyak.....Okay".Semasa saya menyebut perkataan "Okay" kebetulan drama tv yang kami sedang tonton itu...Si Suami dalam drama tersebut telah melafazkan (saya taknak taip apa dia,saya rasa Ustaz tahu) pada isterinya.....
Saya tidak ada niat......
Sila Ustaz jelaskan......
Terima Kasih |
File Upload: | |
Salam
Anda ini jenis apa ya? Kenapa lampu merah hijau pun nak dikaitkan dengan cerai dan talak.. Tak usah berfikiran seperti itu. Itulah was-was dan keraguan yang anda layan dan akhirnya ia menyusahkan hidup anda..
Dalam kes dikemukakan, tiada terjadinya talak..
tk
Visitor IP: 175.143.100.137
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.