Monday, August 7, 2017

Soalan: soalan

Nama*:abdullah
Tajuk*:soalan
Message*:assalamualaikum,

ustad saya ada satu kemusykilan,

saya hampir setiap hari bergaduh dengan isteri, kadang2 perkara kecil pon nak dibawa bergaduh..satu hari isteri berkata "macam beruk xreti kemas rumah" kemudian saya balas " bini beruk xboleh tolong ke...kan saya sibuk ni" isteri berkata kembali " beruk tu ada bini ke?" merujuk kepada saya...kemudian saya balas " bukan bini sangat pun...pasangan nafsu je...nothing near suami isteri" apakah jatuh apa2 hukum bagi lafaz tersebut...niat saya hanyalah ingin mengingatkan isteri bahawa jika asik bergaduh...xnampak macam pasangan suami isteri yang bahagia...tiada langsung niat ingin berpisah..mohon penjelasan ustad...
File Upload:
Salam

Tahniah kepada pasangan ini. Anda boleh masuk Book OF Record sebagai pasangan yang paling banyak bergaduh setiap hari... beruk pun ada sama.. hebat tu.. (belajarlah jadi suami yang baik, suami yang boleh membimbing isteri, suami yang sabar dan bijak meneladani isteri. Isteri itu amanah suami. Usah dipersalahkan isteri 100 peratus. Banyak hal berpunca daripada suami juga)

Sebutan seperti itu jika tiada NIAT untuk cerai, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 113.210.207.240

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA