Monday, August 14, 2017

Soalan: Isteri tawar hati dgn suami & ingin bercerai kerana suami selalu tuduh dia berzina .


Nama*:Puan tiara
Tajuk*:Isteri tawar hati dgn suami & ingin bercerai kerana suami selalu tuduh dia berzina .
Message*:Sy seorg suri rmh rmh tga sudah hampir 22 thn,merupakan isteri ke 2,masalahnya suami slu tidak beri nafkah yg cukup baju sy dan ank2 pun dia x mpu blikan.Sy sudah tidak rasa bahagia lg & tawar hati dgn suami.Apa2 sy lakukan sy x pnh ikhlas kerana suami pernah menuduh sy berzina, perempuan x guna apabila sy tidak mahu melayan nafsunya.Sy rasa tertekan krn sgala perbelanjaan ank2 sy terpaksa bantu dia dgn mengambil upah jg ank kawan & ajr mengaji.itupun dia x hargai sy.malah selalu jatuhkan air muka sy dpn ank2.
File Upload:
Salam

Puan, telah lama puan berumahtangga dengan suami puan. 22 tahun bukannya sekejab. Pada usia sebegini, banyak kes perceraian berlaku kerana adanay kedinginan dalam hubungan suami isteri. Ia berpunca daripada kedua belah pihak. Suami dan isteri. Isteri dilihat suami kurang menarik, suami dilihat isteri pula sudah hilang tanggungjawab, tidak mesra lagi dan sering mencari salah isteri.

Barsabarlah puan. Hidup bukannya lama sangat lagi. JIka puan mahu bercerai pun, apa yang akan dapat selain bebanan hidup terus ditanggung bersendirian pada usia tua. Mengharapkan anak-anak, mereka belum tentu bisa membahagiakan kita pada usia tua. Tidak semuanya..

Pada saya, abaikan suami seperti itu, bairlah dia dalam dunia hidupnya sendiri tetapi perkahwinan itu masih ada dan terus berjalan sebagai suami isteri. Sampai masanya, suami akan sedar sendiri akan keperluannya kepada isteri dan anak-anak. Tunggu tibalah masanya.

PErceraian bukan jalan terbaik pada semua keadaan.

Fokuslah pada ibadah dan mencari reda Allah.

Maafkan saya puan. tk

Visitor IP: 113.210.69.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA