Saturday, August 5, 2017

Soalan: Talak

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Talak
Message*:السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Ustaz.sy ada persoalan nak tanya ustaz.sepupu sy (namakan A) dia dah nikah lama.dah ada anak dah.satu hari tu A dpt tahu isteri dia ada hubungan dgn suami org.A cuma ada bukti yg isteri dia bergambar mesra dgn org tu dan beberapa mesej mesra.org tu saya bg nama Z.

Lepas tu A ada kata lbh kurang mcm ni kat isteri dia.kalau awak pernah tido dgn Z ni maka jatuh talak.masa tu A kata dlm keadaan emosi tak terkawal.

Isteri dia terkejut.isteri dia tanya balik.kejadian tu utk yg akan dtg ke?atau masa2 yg terdahulu?

A jwp balik.tak kira la akan dtg ke sebelumnya ke kalau salah seorang dr kita pernah tido dgn org lain.

Jadinya masa kata kali kedua tu dia dah masukkan dirinya sekali.

Utk makluman ustaz masa dulu2 sebelum kawin ni dia org agak sosial.mungkin isteri dia ada pernah buat dgn org lain (selain dgn Z).mungkin jg A ada pernah dgn perempuan lain dan mungkin jg A dgn isterinya sendiri (yg ketika tu diaorg sedang berkasih).

Ada 3 situasi berbeza di situ.jadi persoalan di sini.adakah terjatuh talak?

Masa pertama kali A sebut tu.itulah niat sebenarnya dia.kalau isteri dia pernah buat dgn Z maka jatuh talak.A takde niat utk libatkan isteri dia dgn org lain selain Z.

Masa tu saksi takde.cuma A, isterinya dan anak2 sj.

Lagi satu selepas kejadian ni.isteri A ada buat pregnancy test.dan ia positif.jadi kejadian ni berlaku semasa isteri A mangandung.

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik itu sah seperti apa yang diucapkan oleh suami;

kalau awak pernah tido dgn Z ni maka jatuh talak

tak kira la akan dtg ke sebelumnya ke kalau salah seorang dr kita pernah tido dgn org lain.

Talak akan terjadi jika isteri pernah tidur dengan Z, sama ada sebelum kejadian atau selepas kejadian pada hari itu.

Talak juga akan terjadi jika A (suami) pernah tidur dengan perempuan lain sama ada sebelum atau selepas kejadian pada hari itu.

Cuma perlu diingat, taklik ini hanya terikat dalam tempoh mereka disahkan menjadi suami isteri. Jika kejadian itu terjadi sebelum mereka berkahwin, tidaklah ia terikat dengan taklik kerana hukum taklik hanya terjadi kepada suami isteri sahaja. Kisah silam usah diungkit dan ia tiada kaitan dengan cerai dan taklik.

tk

Visitor IP: 183.171.68.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA