Tuesday, August 8, 2017

Soalan: tanya pendapat

Nama*:mohd
Tajuk*:tanya pendapat
Message*:asalamualaikum tuan.
saya selalu keliru dengan diri saya. bila ingat satu perkara saya akan bercakap sorang sorang. kalau isu tak berkaitan agama saya tak kisah pun. tetapi bila terfikir tentang sumpah, talak dan taklik saya jadi takut sangat. sebab saya ada tabiat suka cakap sorang sorang. pernah juga saya lafaz talak soreh tanpa sebab. semuanya kerana tabiat saya yg suka bercakap apa yg terlintas (termasuk lintasan niat) dalam kepala. saya dah ke pejabat agama utk pengesahan talak. pej agama cakap talak tak berlaku sbb sy ada masalah psikologi. ustaz tu ada bg istilah sainsnya tp saya tak ingat. ustaz tu ada bg kaedah kepada sy yg talak soreh tanpa niat saya kena abaikan. tp saya tengok dalam laman web dan buku ckp talak soreh tanpa niat tetap sah. saya cenderung nak guna pendapat pej agama sebab saya dah beberapa kali buat kaunseling. kadang kadang saya tak tahu nak beza antara lafaz lidah atau lafaz dlm hati ( isteri sy suruh abaikan dan anggap ia hanya lafaz dlm hati sbb isteri saya turut hadir dalam kaunseling dgn pej agama)
- adakah hukum akan terjadi disebabkan tabiat buruk saya ini?
- adakah ini jalan keluar bg saya yg bermasalah atau terguna pakai kepada orang lain. wslm.
File Upload:
Salam

Alhamdulillah.. Rawatilah penyakit anda sebaiknya. Ia menjadi punca kepada masalah lain.

Bacalah kitab-kitab fiqh tentang hukum perkahwinan dan fahami hukum hakam Islam untuk menambah keyakinan kepada diri anda. Ada ilmu barulah yakin..

tk

Visitor IP: 175.144.37.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA