Friday, August 4, 2017

Soalan: Ingin Bertanya

Nama*:Saad
Tajuk*:Ingin Bertanya
Message*:Assalamualaikum Ustaz...

Saya ada 3 soalan untuk bertanya dengan Ustaz :

1/. Ketika saya ingin mengambil gambar AJK Muslimah Surau rumah saya...Saya memanggil isteri saya "Iera" lalu saya menyebut nombor 1,2,3 dan saya menekan butang kamera untuk ambil gambar mereka semua.Saya tidak ada niat apa-apa pun...

2/. Selesai saja ambil gambar mereka semua....saya ambil gambar Isteri saya dan AJK Muslimah Surau sekali lagi dengan menyebut "Ok bebas..1,2,3" dan saya terus menekan butang kamera tersebut....Bebas maksud saya....buat gaya bebas atau free style...Saya tak berniat apa-apa pun...

3/. Saya beritahu pada Mak saya...anak saya letak kat rumah mak mertua saya di Setapak manakala Isteri saya tinggal dengan saya di Ukay Perdana...Kemudian mak saya berkata "Kesian anak kau...Kecil - kecil lagi dah terpisah dengan mak bapa dia".Saya pun berkata pada Mak saya "Ok mak....nanti Naz (saya) bincang dengan Iera (Isteri saya)...untuk bawa balik Amin (anak saya) ke rumah di Ukay Perdana".Saya tidak ada niat...


Ustaz.....jatuh atau tidak situasi tersebut?.....Saya tidak berniat apa2...


Tolong Ustaz jelaskan.....


Terima Kasih...
File Upload:
Salam

Hai tak kanlah semua benda hendak dikaitkan dengan cerai dan talak. Itukan situasi ambil gambar, situasi berpisah dengan ibu dan anak...

Usah dikaitkan semua hal dengan talak yang akhirnya ia akan menyusahkan hidup anda.

Berfikirlah secara waras dan yang lebih penting belajarlah ilmu fiqh agar ia membantu dalam membuat keputusan.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA