Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Keraguan |
Message*: | Assalamualaikum. Saya ingin memohon pandangan dan nasihat dari ustaz yg lebih arif. Sejujurnya saya kini dalam proses rawatan sihir pemisah ( mengikut pengamal perubatan islam yg saya temui ), dan rawatan saka di sebelah isteri saya. Sejak dari awal perkahwinan, kami sering bertengkar walau kerana perkara yang kecil.Lebih kurang 2 tahun yg lalu, saya ada mengungkapkan kata-kata berbentuk kinayah yg mana saya tidak mampu mengingati apa yg saya telah ungkapkan dengan Jelas, Cuma di penghujung ayat itu ada terungkap x "payah balik lagi lah". Sejujurnye saya tidak mampu mengingati dengan jelas apa yg telah saya ungkapkan dan apakah niat saya pada ketika itu. Setelah saya mengungkapkan kata-kata td, mainan dalam hati bermula, dan timbul persoalan seperti :- 1) maksud kau x payah balik tu, balik semula bila da puas duduk kampung kan? Dalam keadaan keliru, YA atau Tidak, di dalam hati menjawab tidak. 2) Boleh kah aku hidup tanpa dia, Dalam keadaan keliru, YA atau Tidak, di dalam hati menjawab YA 3) Bagaimana dengan Anak ? Macam mana dengan dia membesar tanpa bapa, Dalam keadaan keliru, Boleh atau Tidak, di dalam hati menjawab Boleh. 4) Semasa saya bangun dari tempat duduk, Hati bertanya perkataan Cerai ? dari dalam tekak berbunyi suara "Hmm" Meng ye kan lintasan hati. ( Tiada lafaz Jelas di sebut ) Sambil saya berjalan saya bertanya pada diri saya sendiri knapa aku Meng YA kan semua perkara yg bermain dalam hati. Pada mlmnye semasa saya bersendirian, terfikir kisah tadi, saya mula gelisah dan terus mencari di internet tentang perkara lafaz kinyah. Kerana tidak memahami dengan jelas rukun talak kinayah pada ketika itu, tanpa mngambil kita bentuk ayat yg di sebut, Tanpa mengambil nilai niat sebenar semasa saya sebut, Saya telah beranggapan telah berlaku perkara tersebut dan saya mengucapkan kata-kata rujuk kepada isteri saya. Untuk pengetahuan ustaz, Diawal perbualan saya tidak ada niat langsung untuk MenCe***kan Isteri saya, Namun apabila timbul pergaduhan, Didalam hati saya mengarahkan agar saya mengucap kata-kata seperti :- Kalau Balik Kali ini Jangan Balik Sini Lagi ( Rumah Saya ), dan bisikan ini datang berkali-kali seolah-olah memaksa mengucapkannya semasa saya berleter, namun saya tidak mengendahkannye sehingga satu tahap dimana di luar kawalan saya, Dan Hati Tergerak untuk mengucapkan untuk mengungkap saya satu ucapan yang mana saya tidak mengingati ayat tersebut dengan jelas, namun dia di akhiri dengan kata seperti x payah balik lah ( lebih Kurang ). Di dalam hari semasa saya mengucakpan kata-kata tersebut, timbul satu bisikan Marah dengan berkata Knapa Cakap Macam TU, Cakap Macam Aku Suruh Cakap!!! namun saya x endahkan. Sesungguhnya Ustaz, saya tidak pasti niat saya ungkapkan kata2 tersebut. Sama ada marah, memberi cadangan atau sebaliknya. Kata-kata yang terkeluar di mulut saya tidak seiring dengan apa yg bermain di dalam hati. Selama 6 bulan saya cuba mengingati apa yg telah berlaku, namu idea sering berubah-bubah, saya tidak mampu mengingati dengan jelas apa yg saya niatkan dan ungkapkan kerana ia sudah 2 tahun. Saya sering was-was dan ragu, Tidak mampu fokus pada kerjaya saya, sering murung dan tak keruan. Sering bersendirian dan ada kala saya terfikir untuk ke mahkamah dan buat pengakuan pada mahkamah tanpa ada bukti yang kukuh kerana saya takut saya telah terniat pada ketika itu. Sejujurnya Ustaz, saya tidak tahu dimana kedudukan saya. Ada kala saya yakin saya tidak berniat, namun adakala hati dengan kuat mengatakan bahawa saya berniat. Sejujurnya ustaz, saya ragu keterlaluan dan sudah lama saya tidak mendekati isteri saya kerana takut menghapiri zinar. Mohon jasa baik ustaz, nasihat ustaz, apa yg harus saya lakukan. Harap maaf kalo jalan cerita saya agak panjang. Terima Kasih |
File Upload: |
Saya mohonmaaf kerana tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan..
tk
Visitor IP: 211.25.211.2
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.