Monday, October 3, 2016

Soalan: Was-was dengan lintasan hati

Nama*:Malique
Tajuk*:Was-was dengan lintasan hati
Message*:Salam. Saya seringkali bergurau dengan isteri saya, namun baru-baru ni isteri saya bergurau dengan mengeletek sy sedikit over kemudian membuatkan sy tidak selesa. Saya pun berkata 'pergi kau dari sini' (bkn nada marah) dan saya yakin ketika itu tidak terfikir langsung niat untuk menceraikan isteri. Namun selepas saya berkata 'pergi kau dari sini' saya terlintas di dalam hati dengan berkata 'aku taknak hidup dengan kau lagi'. Kemudian sy terfikir kenapa saya boleh terkata macam tu. Dan saya istighfar. Soalan saya:
1- Apakah jatuh talak dengan situasi itu?

2- Setelah peristiwa itu, saya menjadi was-was yang melampau. Kadang-kadang saya sering mengulangi semula sepertimana ayat yg saya lafaz serta lintasan hati yang berlaku seperti pada hari tu akibat was-was. Apakah talak jatuh jika mengulangi semula apa yang terjadi ? Tujuan semata-mata untuk menjelaskan apa yang berlaku pada hari tu kepada diri sendiri.

3- Selepas itu, saya membuat satu contoh seakan-akan lafaz yang saya lafazkan hari tu. Saya melafazkan ayat yang sama iaitu 'pergi kau dari sini' (saya berkata sorang-sorang dan tidak ditujukan kepada isteri). Kemudian selepas menyatakan ayat itu. Saya menukar ayat asal yg saya pernah terlintas hari tu iaitu 'aku taknak hidup dengan kau' kepada 'aku ceraikan kau' dimana lafaz ini berlaku di dalam hati (sama macam situasi asal). Saya menyatakan contoh ini bertujuan untuk membawa persamaan iaitu kedua-dua berlaku di dalam hati. Apakah ia menyebabkan talak itu jatuh? Dan apakah ia dipanggil niat? Sedangkan saya tidak pernah terfikir untuk cerai. Sekadar membuat contoh.

4- Saya pernah mengulangi lafaz seperti soalan ke 3. Iaitu melafazkan 'pergi kau dari sini' selepas itu di dalam hati berkata 'aku ceraikan kau' (saya berkata sorang-sorang dan pada ketika itu saya yakin tidak ditujukan kepada isteri saya, sekadar penjelasan kpd apa yang saya pernah buat contoh).

Apakah ubat kepada penyakit was-was?
File Upload:
Salam

1. Tidak terjadi talak pada kes ini

Selepas itu penyakit was-was pun datang... OIeh itu, saudara tidak perlu layan dengan gangguan seperti itu.

Banyakkan istighfar dan lupakan was-was dan keraguan.. itu sahaja..

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA