Soalan: adakah jatuh talak
Nama*: | shera |
Tajuk*: | adakah jatuh talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz... Sy nk Tanya sebelum ni suami sy Ada ckp yg jika sy kelar Tangan sy maka akan jatuh talak.. Tp sebelum ni kami perna gaduh Dan sy ambil jarum sy x pasti sy kikis atau toreh tgn.. Tp tda darah keluar pun cuma luka sahaja .. Sy ckp dgn suami Tp Dia ckp x jatuh sbb dia maksudkan kelar guna benda tajam mcm pisau... Adaka jatuh talak kalau sy guna jarum? |
File Upload: | |
Salam
Jika itu penjelasan suami, maka tidaklah terjadinya talak..
*pelik juga ya.. kenapa gaduh-gaduh nak kelar tangan, nak sakitkan badan sendiri.. Tak baik tu. Allah marah dan Islam tak ajar kita sebegitu.
tk
Visitor IP: 42.153.58.10
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.