Tuesday, October 25, 2016

Soalan: mandi janabah

Nama*:mohd afiq safuan
Tajuk*:mandi janabah
Message*:1) salam ustaz,adakah ulangan niat membatalkan mandi wajib? setiap kali saya mandi hadas saya mesti menyebut niat 'mandi wajib kerana allah' atau pun 'wajib kerana allah taala' sampai habis mandi itu untuk bantu diri saya supaya tidak melayani bisikan syaitan yang gnggu saya semasa mandi itu..adakah sah mandi saya itu dan sempurna dah? niat yang pertama saya sudah ckp dlm hati kemudian semasa mula hendak menggosok seluruh tubuh saya sebut niat itu tadi dimulut ulang2 sampai habis mandi itu supaya tidak layankan bisikan was2 yg gnggu saya..adakah sah ustaz saya ulang2 kan niat sehingga selsai mandi? ad yg mengatakan ia tidak sah tapi saya anggap itu pendapat yg lemah..bg saya ianya tetap sah je kan ustaz?? sempurna dah kan begitu??
2) lepas dari mandi hadas saya ada nampak pada isi kuku bintik hitam kecil..saya lihat ia seperti dlm kulit dan kalau nak buang kena ketip pada isi itu..adakah tidak perlu untuk buang kerana ia dimaafkan dan memadai ratakan saja air disitu saja?
File Upload:
Salam

Niat cukup dengan sekali niat sahaja.. Jika berlaku perulangan, tidaklah menjadi kesalahan apa-apa.. cuma tak lah elok dok layan bisin syaitan seperti itu. Yakinlah dengan niat yang pertama sahaja.

titik hitam kecil spt itu dimaafkan..

tk

Visitor IP: 183.171.174.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA