Nama*: | sueirna |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz.. Saya sering bergaduh dgn suami. Pergaduhan disebabkan oleh sikap suami yg kerap membohongi saya berkaitan soal duit. Dia selalu menggunakan duit saya tanpa pengetahuan saya untuk kegunaannya; menyelesaikan hutang2nya (dia tiada kerja tetap). Sentiasa minta duit, seolah-olah saya pulak yang bagi nafkah, menyediakan semua keperluan rumah sehinggalah keperluan anak-anak. Saya dah serik kena tipu dgn dia selalu, sebab dia susah nak berterus terang bila dah guna duit. Walaupun saya tahu dia sbnrnya betul sayang pada saya, tapi kadang2 tu saya rasa teraniaya kerana banyak duit saya yg dah habis dia guna. Sehingga saya yang menaggung hutang bank sebab nak bantu dia bila dalam kesusahan. pergaduhan sebab kewangan sehingga saya minta cerai.pada masa itu, suami bercakap "pergila ke pej.agama kalau itu yang awak mahu", tetapi saya tak pergi pun, saya ambil borang jer p pej.agama...Adakah jatuh talak pada masa itu? Selepas itu, suami pujuk saya dan kami berbaik semula. Kemudian, selang beberapa tahun, kami bergaduh lagi..suami saya kalau bercakap berkias.Dia tidak cakap cerai, tetapi dia akan cakap "kalau itu yang awak mahukan, pergila..bagitau semua adik beradik, saya tidak kisah la, cakap sja bila awak mahu?" Tetapi saya diam sja sambil menangis..saya tak pergi pun pej. agama buat aduan... Adakah jatuh talak dalam situasi saya? |
File Upload: |
Hak utk menceraikan isteri ada pada suami. Selagi suami tidak melafazkan cerai secara jelas, tidaklah terjadinya talak.
Dalam kes ini, ia tidak terjatuhnya talak lagi.
Puan kena pujuk usami utk bekerja dan mencari nafkah. Itu tugas utama seorang lelaki.
tk
Visitor IP: 202.60.56.219
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.