Monday, October 3, 2016

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Mohd J N
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Asalamualaikum.
Pada tahun 1987 saya telah bernikah dengan isteri pertama di sabah. Pada sekitar tahun 2007 saya bernikah seorang lagi iaitu seorang janda.

Isteri pertama telah berkali-kali meminta di ceraikan semenjak saya bernikah lain. Namun tetap saya pertahankan. Sekitar tahun 2010 dalam usaha saya untuk memujuk isteri pertama ini supaya tidak terus meminta cerai, saya telah menulis pesanan melalui facebook yang mengatakan saya telahpun menceraikan isteri yang kedua dengan talak 3. Tujuan hanyalah sebagai bahan untuk memujuk.

Usaha memujuk ini gagal dan akhirnya saya akur dengan permintaan isteri pertama dan kami disahkan bercerai di mahkamah Kota Kinabalu pada tahun 2014.

Apa yang menjadi masalah saya adalah, entah bagaimana dan dari siapa, saya sendiri tidak pasti, rupanya tulisan yang seharusnya di baca oleh isteri pertama itu telah diketahui oleh isteri kedua. Maka terjadilah pula pergeseran antara kami. Isteri kedua berpendapat dia sudah pun di ceraikan walaupun saya mempertahankan bahawa saya menulis itu hanyalah sebagai usaha untuk memujuk isteri pertama. Saya juga menjelaskan bahawa saya tidak pernah melafazkan itu kepada dia secara lisan ataupun bertulis. Dia mendapat tahu tentang tulisan saya itu bukan dengan kehendak atau izin saya.

Soalan saya.
Apakah telah gugur talak kepada Isteri kedua saya?.

Sekian terima kasih
File Upload:
Salam

Maaf ya saudara..

Jikai ikutkan kes, mahkamah telah putuskan berlakunya perceraian pada tahun 2014.. Bermakna kes ini tealhpun dibicarakan dan diputuskan mahkamah sedemikan rupa. Maksudnya, perceraian dengan isteri kedua telah sah dan valid dengan keteraran yang dikemukakan kepada mahkamah.

Keputusan mahkamah hendaklah diterima dan diikuti.

tk

Visitor IP: 14.192.211.174

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA