Soalan: bintik hitam
Nama*: | muhd nur azman |
Tajuk*: | bintik hitam |
Message*: | assalam tuan ustaz,..nama sya muhd nur azman..sye nk bertanya mengenai mandi hadas..saya dah mandi hadas..kmudian saya perasan ada bintik hitam pada hujung isi kulit ibu jari kaki..kuku sudah pendek..cuma hujung isi kuku ibu jari mcm ada bintik hitam dan sye kalau buang takot ia sakit dan ngilu...jdi masa mandi tu saya just gonyoh je dgn air paip tu..saya tak cungkil pun isi kuku itu sbb baru cungkil pun dah rasa ngilu..jd mandi saya sah tak ? atau biarkan saja dan lalukan saja air pada jari kaki itu dah memadai? adakah mandi sya sudah sah dan tak perlu ulang lagi dah? minta pandangan tuan ustaz.. tk |
File Upload: | |
Salam
Sah mandinya, bintik hitam yang melekat jika sakit dan sukar hendak dibuang, dimaafkan. Mungkin ia darah beku yg terletak di bawah kulit.
tk
Visitor IP: 183.171.164.71
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.