Soalan: Klimaks tanpa bersetubuh tanpa niat rujuk
Nama*: | Hana |
Tajuk*: | Klimaks tanpa bersetubuh tanpa niat rujuk |
Message*: | Salam. Saya dan suami dalam tempoh iddah. Saya ingin rujuk kembali tapi suami tiada keinginan berkenaan. Ada suatu hari saya ghairah, cuba goda dia dan minta izin suami untuk guna badan dia untuk puaskan saya, dia izinkan. Saya letak tangannya di kemaluan sehingga saya klimaks. Semestinya dia juga terangsang jadi saya offer untuk klimaks dia secara oral dan tangan. Dia juga izinkan saya gesel kemaluan saya pada kemaluannya tapi dengan syarat jangan masukkan ke dalam sebab dia masih tiada niat untuk rujuk. Kemudian dia juga klimaks.
Persoalan saya, apakah perkara yang kami lakukan itu dikira bersetubuh? Bolehkah saya goda suami sebegitu? Saya sangat berniat supaya dia berubah hati untuk rujuk.. Haramkah suami saya biarkan dirinya dilakukan begitu walhal dia tiada niat untuk rujuk? Adakah perbuatan kami dikira rujuk walaupun tanpa niat? Terima kasih. |
File Upload: | |
Salam
Pesetubuhan itu ialah memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan.. dalam kes ini, berlaku hubungan luar bekas suami isteri.. pada saya hukumnya tetap haram kerana pasangan bukannya lagi suami isteri yang sah.
Rujuk tidak terjadi jika suami tiada niat atau tiada ucapan untuk merujuk.
Beristighfarlah..
tk
Visitor IP: 124.13.128.102
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.