Soalan: ujian allah atau gngguan syaitan
Nama*: | nazrin omar |
Tajuk*: | ujian allah atau gngguan syaitan |
Message*: | salam saya nak bertanya,adakah penyakit was-was seperti yang saya alami ini merupakan ujian daripada allah?bertahun saya hidap was-was dalam bab hadas terutama dalam mandi wajib..adakah ini semua ujian dari allah atau pun sebab terlalu ikutkan syaitan? saya rsa perit sangat hadapi was-was ini tuan ustaz.. |
File Upload: | |
Salam
Was-was adalah mainan syaitan kepd kita. Sebab iktu kita selalu baca surah al-Annas dan al-Falaq.
Saudara perlu kukuhkan keyakinan dengan ilmu secukupnya. Belajarlah sikit ttg agama, dan yakinlah dengan apa yang dipelajari.
Allah beri ujian kpd kita untuk kita lebih tabah dan menjadi lebih baik di sisi Nya.
tk
Visitor IP: 183.171.27.47
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.