Wednesday, October 12, 2016

Soalan: pengesahan lafaz kinayah

Nama*:isteri malang
Tajuk*:pengesahan lafaz kinayah
Message*:Assalamualaikum Ust.

Terima kasih kerana membaca dan menjawab soalan saya.

Perbualan saya dan suami tempoh hari kami begaduh besar kerana 2 minggu sebelumnya kami buat hal masing2 kerana hal duit dan lain2. Saya berdiam diri dan tak bercakap dengannya dan dia pun sama. Dia bgtau kena outsation pada hari dan beberapa jam sebelum berlepas ke oversea dan memaklumkan kepada saya pada waktu itu.

Oleh kerana saya banyak memendam atas perbuatannya saya jadi meletup dan menghantar msg seolah sy amat kecewa dengan tindakannya begitu. Msg sy padanya mmg ada unsur perli. Dan dia melenting, memaki berbagai bentuk sumpahan spt betina bodoh, sial, muka buruk macam pontianak, tak ada nilai dan tak guna dan provoke sy utk sy minta cerai walhal tak ada perkataan tu dari saya.

1. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) saya dan suami pada tempoh hari.

SUAMI : Kita selesaikan skrg, ko nak aku lepaskan ko bgtau skrg aku lafzkan skrg jugak bodoh.

woi betina bodoh jawabla aku nak lafazni, biar ko jgn ada wujud lg dlm hidup aku ni.

kalo berani jawab biar aku selesaikan skrg ni jugak lg lama bela ko lg bertambah masalah aku ni dasar betina.

woi betina aku masih hidup dengan ko disebabkan anak sahaja jelasssss bkn krn ko.

bangsat btl la ko ni sial jwb la aku call biar aku lepaskan ko terussss dr hidup aku ni

berani jawab laaa. biar aku lafazkan senang tutup buku selesai masalah jwb sblm aku gerak ni.

ISTERI (saya): OK.

SUAMI: apa yg ok?

ko nak aku lafazkan?

betul ko jawab ok aku terus lafazkan, Selesai masalah ni okay jawab ar ko kan berani sgt.

ISTERI (saya) : Ya teruskan. ( Maksud sy call la balik) bkn ya untuk dia lafaz.

SUAMI: ko jgn hidup dengan aku lagi

ok puas

aku dah gerak ni ko tlg jg anak aku baik2. Blk ni aku nk jmp dia.

ISTERI(saya): Lafaz cerai ke tu? Nak kan kepastian.

SUAMI: ko nak sgtkan aku dah bg..ko puasssss

aku lg puas

ye

ko nk aku bg la


2. Adakah itu lafaz kinayah suami yg mmg berniat untuk ceraikan saya??

3. Sy maklumkan kpdnya bahawa ini adalah talak tiga krn sblm ni dia dah lafaz cerai 2x. kali ni saja yg berbentuk kiasan. Yg 2 kali terdahulu jelas "Aku ceraikan kau" kali kedua "dah,,,aku ceraikan kau".

4. Adakah ini terjadinya talak ke 3. Sedangkan jwpn sy bukan utk bercerai atau mtk cerai?

5. Lepas beberapi hari suami beritahu yang dia hanya mengugut jika sy nk sgt bercerai.

Mohon Pencerahan Ustz....:(
File Upload:
Salam

Pada perbualan pertama tadi, suami secara sedar telah menceraikan isteri dengan bahasa kinayah dan suami sedar dia telah jatuhkan talak. Pada pendapat saya, talak telah pun jatuh ke atas isteri.

JIka talak sebelum ini telah terjadi dua kali, maka talak yang terakhir ini dikira sebagai talak ke tiga; talak tiga.

Saya kira kes ini perlu dirujuk ke pejabat kadi bagi mendapatkan kepastian status perkahwinan puan.

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA