Soalan: cairan yang keluar
Nama*: | azim |
Tajuk*: | cairan yang keluar |
Message*: | salam,ustaz..perlu mandi hadas ke jika kita lepas keluar berjalan bersiar-siar lepas itu nampak macam kebasahan dan lekit yang tipis.tak mungkin air mani akan keluar dalam keadaan sebegitu?atau adakah itu cairan mazi? saya abaikan sahaja dan tidak lakukan pun mandi hadas kerana saya fikir secara logik takkanlah air mani keluar dalam situasi begitu..benar tak ustaz cara saya itu tak payah mandi hadas dan sebaliknya cuci saja? dan itu memang benar ye cairan mazi? |
File Upload: | |
Salam
Itu air mazi, memadai dengan basuhan sahaja.
tk
Visitor IP: 183.171.16.222
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.