Soalan: Cerai & rujuk
Nama*: | Aishah |
Tajuk*: | Cerai & rujuk |
Message*: | Asalamulaikum ustaz...sy ingt brtanya lafas talak...sy penah brcerai dgn suami sy dan rujuk smula....lafas ketika dlu "AKU LEPASKN MU" ...dan kali ini kami brpisah buat kali kdua....dlm keadaan marah suami sy telah melafaskn talak ketika haid "AKU CERAIKAN MU TALAK 2"...dlm situasi ini..adakah sy bley rujuk smula ?? Adakah cerai yg prtama dan talak 2 ini dikira tros talak 3 ?? Minta jelasakn ustaz....tme kseh |
File Upload: | |
Salam
JIka diikutkan dari segi fakta kes, ia telah terjadinya talak tiga. Sebab talak satu dah jatuh dan suami sebut pula talak 2.. jadilah talak tiga yang tidak boleh lagi dirujuk oleh suami..
Kena bawa kes ini ke mahkamah untuk penjelasan.
tk
Visitor IP: 115.164.188.198
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.