Wednesday, October 5, 2016

Soalan: Perceraian


Nama*:Borhan
Tajuk*:Perceraian
Message*:Salam Ustaz ,

Saya telah tinggal kan isteri saya selama 20 tahun dan saya pernah bawa kes perceraian ini ke makhmah tapi isteri saya tidak mahu di ceraikan. Dan isteri saya mengugut akan buat tuntutan sampai saya hilang segala-gala. Ugutan itu buat saya geram dan biarkan perkara ni berlamaan.
Kami tidak serumah selama 20 tahun. Niat hati saya memang saya nak ceraikan isteri saya tapi hingga kini saya buat tak tahu je. Dan isteri tidak balik selama 20 tahun.
Isteri saya yang keluar rumah .

Sekarang saya sudah tua dan tak larat lagi dalam usia 60 tahun dan hidup keseorang.

Dah dia masih isteri saya atau tidak
sebab saya dah tak ada niat lagi untuk bersama dengan dia.

Sekian Terima kasih.
File Upload:
Salam

Masya Allah.. Kasihan isteri, kenapa dibiarkan tergantung sebegitu.

Jika suami tidak pernah melafazkan cerai, tidaklah terjadi cerai. Tapi dalam lafaz taklik, isteri yang tidak diberi nafkah selama 4 bulan dan mengadu ke mahkamah, ia berhak mendapat tebus talak.

Dalam kes ini, saya tidak pasti setakat mana suami melafazkan cerai itu.. sam aada dia betul melafazkan atau tidak..

Saya cadangkan kes ini dibawa ke mahkamah untuk penjelasan lanjut.

terima kasih tuan.



Visitor IP: 60.53.61.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA