Monday, October 17, 2016

Soalan: Jatuh ke talak kinayah

Nama*:Akma
Tajuk*:Jatuh ke talak kinayah
Message*:Asslam ustaz..sy nk tye..sy dan suami ada sedikit pertelingkahan, saya ada ckp jika suami tidak manage n lead rumah tangga dgn brtul, x mustahil perceraian boleh berlaku...suami diam...tak lama lepas itu, suami ada lafz, "kalau awak nk berpisah,kita berpisah..awak boleh pergi"

waktu itu kami dalam rumah..lepas berapa minit saya tye suami lafaz die ada niat cerai ke..die jawb demi allah die xde lagsg menjuruskan lafaz tersebut dengn cerai atau talak..

dan sya sndri bgtau die sy xnk bercerai dan saya tetap dudk dirumah mlam tersebut..bpe minit lepas kejadian sya mohon maaf pd suami dan sy bgtau die tujuan sy ckp tu bukan nk bercerai..suami pun mengakui lafaz yg die sebut td xde niat mnjurus kearah penceraian..suami mgaku dgn nama allah nait die waktu lafazkn bukan lah untuk bercerai..cme die kecewa dgn sy..

adakah lafaz itu jatuh talak?
File Upload:
Salam

Tidak terjadinya talak secara sah..

tk

Visitor IP: 123.136.112.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA