Soalan: Adakah ia lafaz talak Taqlik?
Nama*: | Niza |
Tajuk*: | Adakah ia lafaz talak Taqlik? |
Message*: | Salam ustaz...
Saya bergaduh dengan suami...suami halau saya, kemudian saya tak jadi keluar...
suami memujuk saya...
Suami berkata " jangan keluar dari pagar depan, pagar depan pintu sliding ni boleh",
Saya pun cakap " kalau nak pergi kedai, pergi jalan jalan, hantar anak sekolah"?,
Suami pun jawab : "pergi dengan abang, pergi sama sama,"..
Soalan saya : adakah ayat suami " jangan keluar dari pagar depan, pagar depan pintu sliding boleh," merupakan lafaz talak Taqlik??
Suami hanya lafaz ayat melarang, tapi suami tak kaitkan dengan ayat/ perkataan cerai...
Dimana, dalam ayat suami tu tiada perkataan cerai...
Macam mana tu ustaz, sbb selepas sebulan, sayan dah keluar dari pintu pagar depan utk keluar hantar/jemput anak sekolah, keluar buang sampah, keluar pergi klinik...semuanya tanpa suami sebab suami kerja dan adamasa suami di rumah utk rehat sbb letih...
Bantu saya ustaz..
Mohon pandangan ustaz... |
File Upload: | |
Salam
Jika difahamkan kepada ayat berkenaan, suami tidak kaitkan larangan itu dengan cerai. So, ia tidak dikira terjadinya taklik. Larangan itu hanyalah larangan semata-mata...
Minta suami perjelaskan maksud larangan itu.. mungkin dia tak puas hati pd hari kejadian..
tk
Visitor IP: 113.210.54.223
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.