Monday, October 31, 2016

Soalan: pengesahan lafaz kinayah

Nama*:QHAI
Tajuk*:pengesahan lafaz kinayah
Message*:LAFAZ Ta'liq :
Saya mengatakan
" Cerai jikalau awak bagi kedua-duanya anak kepada saya dengan bersama DOCUMENT Mykid kedua - duanya sekali pada sy maka jatuh 1 la "
dengan nada yang marah..di depan kakak nya abg ipar nya yang cuba tenatkan keadaan.. lalu sy ambil keadua dua ank sy lalu pergi ke kereta .. petang hari tersebut saya cuba mencari Mykid anak saya.. NAMUM tiada dalam kereta..
Tetapi isteri saya hanya bagi Mykid sorang sahaja.. itu pun mula mula tidak mahu bagi.. mengatakan alasan seperti risau saya akan bawak pergi dan hantar balik.. dan macam macam lagi...
sy menpunyai 2 anak.. dan satu lagi Mykid isteri saya mengatakan xtau..dan tiba-tiba mengakatakan diatas kereta pula.. memang tidak ada MyKid anak pertama saya.. saya masih ingat Mykid itu last berada di atas kereta pada anak pertama saya demam semasa ke klinik.. semasa anak sulong saya demam..itu pun BULAN LEPAS...
Ada sesetengah orang dan ustaz mengatakan TIDAK JATUH kerana dalam taliq yang saya lafazkan itu tidak lengkap dengan ape yang di beri oleh isteri saya.. iaitu Mykid Anak pertama.. isteri saya tidak memberi kepada saya.. dia hanya memberi MYKID anak ke dua sahaja... dia hanya mengatakan pada mulanya tidak tahu.. Dan tiba tiba mengatakan dalam kereta....saya terus keluar dari rumah itu.. ( KEJADIAN TERSEBUT )
File Upload:
Salam

Yang kena tanya pun jadi serabut dengan cerita ini..

Tak dapatlah saya nak jawab..

Tak jatuh kut... entahlah..

maaf la ya...

tk

Visitor IP: 183.171.25.29

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 30, 2016

Soalan: ujian allah atau gngguan syaitan

Nama*:nazrin omar
Tajuk*:ujian allah atau gngguan syaitan
Message*:salam saya nak bertanya,adakah penyakit was-was seperti yang saya alami ini merupakan ujian daripada allah?bertahun saya hidap was-was dalam bab hadas terutama dalam mandi wajib..adakah ini semua ujian dari allah atau pun sebab terlalu ikutkan syaitan? saya rsa perit sangat hadapi was-was ini tuan ustaz..
File Upload:
Salam

Was-was adalah mainan syaitan kepd kita. Sebab iktu kita selalu baca surah al-Annas dan al-Falaq.

Saudara perlu kukuhkan keyakinan dengan ilmu secukupnya. Belajarlah sikit ttg agama, dan yakinlah dengan apa yang dipelajari.

Allah beri ujian kpd kita untuk kita lebih tabah dan menjadi lebih baik di sisi Nya.

tk

Visitor IP: 183.171.27.47

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, October 28, 2016

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:sueirna
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Assalamualaikum Ustaz..

Saya sering bergaduh dgn suami. Pergaduhan disebabkan oleh sikap suami yg kerap membohongi saya berkaitan soal duit. Dia selalu menggunakan duit saya tanpa pengetahuan saya untuk kegunaannya; menyelesaikan hutang2nya (dia tiada kerja tetap). Sentiasa minta duit, seolah-olah saya pulak yang bagi nafkah, menyediakan semua keperluan rumah sehinggalah keperluan anak-anak. Saya dah serik kena tipu dgn dia selalu, sebab dia susah nak berterus terang bila dah guna duit. Walaupun saya tahu dia sbnrnya betul sayang pada saya, tapi kadang2 tu saya rasa teraniaya kerana banyak duit saya yg dah habis dia guna. Sehingga saya yang menaggung hutang bank sebab nak bantu dia bila dalam kesusahan.

pergaduhan sebab kewangan sehingga saya minta cerai.pada masa itu, suami bercakap "pergila ke pej.agama kalau itu yang awak mahu", tetapi saya tak pergi pun, saya ambil borang jer p pej.agama...Adakah jatuh talak pada masa itu?

Selepas itu, suami pujuk saya dan kami berbaik semula.

Kemudian, selang beberapa tahun, kami bergaduh lagi..suami saya kalau bercakap berkias.Dia tidak cakap cerai, tetapi dia akan cakap "kalau itu yang awak mahukan, pergila..bagitau semua adik beradik, saya tidak kisah la, cakap sja bila awak mahu?"
Tetapi saya diam sja sambil menangis..saya tak pergi pun pej. agama buat aduan...

Adakah jatuh talak dalam situasi saya?
File Upload:
Salam

Hak utk menceraikan isteri ada pada suami. Selagi suami tidak melafazkan cerai secara jelas, tidaklah terjadinya talak.

Dalam kes ini, ia tidak terjatuhnya talak lagi.

Puan kena pujuk usami utk bekerja dan mencari nafkah. Itu tugas utama seorang lelaki.

tk

Visitor IP: 202.60.56.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 27, 2016

Soalan: was2

Nama*:shahril syah
Tajuk*:was2
Message*:assalam ustaz.., sye rse mcm tiba2 tidak tenang lah..perasaan mcm kata mandi hadas yang sye lakukan smlm itu tak sah la,tak kena air lah (sebab smlm mandi air sedikit) dan kata tak boleh solat..ustaz semua itu betul dan kena layan ke? tiba2 stress pula rasa...
keduanya,kalau smlm kita dah gonyoh jari kaki tu smpai nmpk isi kulit tu kembang dah sebab kena air,kmudian dah siap mandi dan kering air kt situ saya nampk mcm bintik halus warna hitam hujung isi kuku ibu jari kaki saya..tpi nmpk mcm dlm isi,dan selindung dgn isi..perlu buang ke dgn ketip atau tak perlu dan memadai lalukan air diatasnya? mandi saya dah sah dan sempurna ke? atau tak perlu nak ulang lagi..tlg sye ustaz😿😿
File Upload:
Salam

Hindari was-was. Itu yang utama..

Bab fiqh ini mudah sahaja, Islam tidak pernah menyusahkan manusia, hanya mereka yang bodoh sahaja terbeban dengan Agama...

Cukuplah mandi hadas itu dengan membasahai seluruh tubuh dan ada niatnya. Cukuplah itu.. Berlebihan seperti itu adalah membazir dan berdosa.

tk

Visitor IP: 183.171.23.119

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 26, 2016

Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Din
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Saya sudah berkahwin. Semasa saya hendak membuat pinjaman saya telah menipu dan berdusta status saya. Apabila ditanya saya menjawab belum berkahwin dan masih bujang. Pada masa yang sama saya tidak berniat apa - apa pun selain membuat sedikit pinjaman untuk menyelesaikan saman saya. Adakah menipu dan berdusta status perkahwinan itu dikira jatuh talak?
File Upload:
Salam

Kes ini tidaklah menjatuhkan talak ke atas isteri saudara.

tk



Visitor IP: 113.210.191.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 25, 2016

Soalan: mandi janabah

Nama*:mohd afiq safuan
Tajuk*:mandi janabah
Message*:1) salam ustaz,adakah ulangan niat membatalkan mandi wajib? setiap kali saya mandi hadas saya mesti menyebut niat 'mandi wajib kerana allah' atau pun 'wajib kerana allah taala' sampai habis mandi itu untuk bantu diri saya supaya tidak melayani bisikan syaitan yang gnggu saya semasa mandi itu..adakah sah mandi saya itu dan sempurna dah? niat yang pertama saya sudah ckp dlm hati kemudian semasa mula hendak menggosok seluruh tubuh saya sebut niat itu tadi dimulut ulang2 sampai habis mandi itu supaya tidak layankan bisikan was2 yg gnggu saya..adakah sah ustaz saya ulang2 kan niat sehingga selsai mandi? ad yg mengatakan ia tidak sah tapi saya anggap itu pendapat yg lemah..bg saya ianya tetap sah je kan ustaz?? sempurna dah kan begitu??
2) lepas dari mandi hadas saya ada nampak pada isi kuku bintik hitam kecil..saya lihat ia seperti dlm kulit dan kalau nak buang kena ketip pada isi itu..adakah tidak perlu untuk buang kerana ia dimaafkan dan memadai ratakan saja air disitu saja?
File Upload:
Salam

Niat cukup dengan sekali niat sahaja.. Jika berlaku perulangan, tidaklah menjadi kesalahan apa-apa.. cuma tak lah elok dok layan bisin syaitan seperti itu. Yakinlah dengan niat yang pertama sahaja.

titik hitam kecil spt itu dimaafkan..

tk

Visitor IP: 183.171.174.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak

Nama*:shera
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:Assalamualaikum ustaz... Sy nk Tanya sebelum ni suami sy Ada ckp yg jika sy kelar Tangan sy maka akan jatuh talak.. Tp sebelum ni kami perna gaduh Dan sy ambil jarum sy x pasti sy kikis atau toreh tgn.. Tp tda darah keluar pun cuma luka sahaja .. Sy ckp dgn suami Tp Dia ckp x jatuh sbb dia maksudkan kelar guna benda tajam mcm pisau... Adaka jatuh talak kalau sy guna jarum?
File Upload:
Salam

Jika itu penjelasan suami, maka tidaklah terjadinya talak..

*pelik juga ya.. kenapa gaduh-gaduh nak kelar tangan, nak sakitkan badan sendiri.. Tak baik tu. Allah marah dan Islam tak ajar kita sebegitu.

tk

Visitor IP: 42.153.58.10

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:As-salam Ustaz

Soalan

1) seoarang suami yang tidak berpuas hati dengan isterinya..terlintas dihati untuknya untuk bercerai...tiba terkeluar perkataan(lafaz) "cerai pasai apa pulak" . adakah jatuh talaq

2) Adakah jatuh talaq...jika lafaz cerai itu sebahagiannya di dalam hati sebahagian lagi dilafaz cth: aku (dalam hati) cerai(dilafazkan/disebut) engkau(dalam hati)..
File Upload:
Salam

Lafaz cerai hendaklah diucapkan dengan jelas dan terang.. jika lintasn hati sahaja, ia tidak menjatuhkan talak.

Seperkara lagi, usah terfikir utk bercerai, carilah jalan yg lebih selamat utk perbaiki keadaan. Cerai bukan impian bg seorang suami yg soleh.

tk

Visitor IP: 103.5.182.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 23, 2016

Soalan: Mandi wajib

Nama*:Safinaz
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Soalan 1:

Assalammualaikum..
Saya nak tanya satu soalan bolehkan ustaz...Macam ni, saya mandi biasa dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan...gosok gigi dan cuci muka SEBELUM mandi WAJIB...
Kemudian, setelah selesai mandi biasa, saya terus memulakan mandi wajib seperti biasa..
Soalan saya , selepas selesai mandi dan pakai baju, saya dapati di celah kuku jari tangan saya terdapat seperti tompokan sisa sabun dimana bila saya kikis, akan keluar benda warna putih,,semasa mandi wajib tadi tak nampak pula, bila badan dah kering baru nampak..
Adakah sisa sabun tersebut boleh menghalang air daripada sampai ke kuku?
Adakah Mandi Wajib saya SAH?
terima kasih...

Soalan 2:

Jari tangan saya luka sedikit .dan ada darah yg mengalir keluar serta nampak isi daging sikit…
Saya nak mandi wajib ..saya teruskan mandi wajib saya dengan keadaan jari yg masih luka dan berdarah…
Saya ratakan air pada luka tersebut..
Sah tak mandi wajib saya?
File Upload:
Salam

Mandi wajib boleh sahaja disekalikan dengan sabun dan syampu.. Hany perlu niatkan seawal mandi dan basahilah seluruh tubuh. Usah dibazirkan air..

Halangan kecil seperti sabun itu dimaafkan kerana sebelum sabun itu masuk pun air telah dahulunya. Dimaafkan.

Sah mandi wajibnya.


Memadai dengan meratakan air di kawasan luka. Jika luka yg besar dan tidak boleh dikenakan air, usah basahi tempat itu, mudarat kelak... memadai dengan percikan air halus sahaja.

tk

Visitor IP: 1.9.103.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 19, 2016

Soalan: Lafaz taklik

Nama*:Mah
Tajuk*:Lafaz taklik
Message*:Adakah lafaz dibawah lafaz taklik

1. Kalo repot polis, kita pisah atau
2. Kalo repot polis sekarang, kita pisah atau
3. Kalo repot polis, kita akan pisah
4. Kalo ada macam nie kita pisah je la

Terima kasih
File Upload:
Salam

APa maksud PISAH di sini? JIka suami maksudkan dengan cerai atau talak, akan terjadilah ia sebagai lafaz taklik. Jika PISAH itu hanya bermaksud berpisah tempat tidur, tempat tinggal, ia belum lagi terjadinya taklik.

tk

Visitor IP: 113.210.206.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru

Nama*:muhd zikrullah
Tajuk*:keliru
Message*:salam tuan,kalau SEBELUM nak kencing atau SELEPAS daripada kencing saya nampak pada kemaluan saya seperti ada lekitan dan bertali yang nipis,dan cairan itu tidak ada rasa sedap pun..bila saya sentuh dan lihat ianya bertali,lekitnya itu tipis dan sederhana,serta nampak keruh mcm warna air kencing sedikit..adakah itu mazi/wadi/mani? saya basuh saja dan solat terus..mmg benar itu mazi ye?
File Upload:
Salam
Air seperti itu memadai dengan basuhan sahaja sebelum berwuduk dan solat..

tk

Visitor IP: 183.171.28.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Mah
Tajuk*:Talak
Message*:Salam

Suami menyatakan sesuatu dan isteri menganggapnya sebagai talak.. sedangkan setelah disiasat ianya bkn lafaz talak apakah status isteri tersebut kerana menganggap talak telah jatuh?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Kuasa talak letaknya pada suami. Isteri biar terasa seribu kali jatuh talak, tetapi selagi suami tidak sebut talak secara sah, tidaklah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 113.210.206.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak

Nama*:Mah
Tajuk*:Jatuh talak
Message*:Salam

Semasa berbual, suami kalo macam nie ada, kite pisah je lah tanpa niat.. dua kali kerana kali pertama isteri tak dengar dengan jelas dan mintak ulang.

Jatuh talak?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Tidak menjatuhkan talak.

Cuma talak jangan dibuat gurauan atau mainan. tk

Visitor IP: 113.210.206.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak dan rujuk

Nama*:Mah
Tajuk*:Talak dan rujuk
Message*:Salam


Pernah sekali suami isteri bergaduh. Suami pukul isteri. Isteri hendak merepot polis. Suami lafaz sesuatu samada

1. Kalo repot polis, kita pisah atau
2. Kalo repot polis sekarang, kita pisah atau
3. Kalo repot polis, kita akan pisah

Suami dan isteri tak dapat ingat apakah lafaz tu

Isteri x repot polis masa tu. Tapi balik umah dan repot setelah sejam.

Adakah jatuh talak?

Isteri pulang ke rumah ibubapa setelah itu. Selang beberapa hari suami datang mohon maaf dan jemput balik.. suami kata nak jemput balik hidup sama-sama kerana anak-anak.

Adakah dikira rujuk?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Ugutan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak. Jika itu dikira sebagai lafaz taklik, oleh kerana tiada dibuat report polis, maka tidaklah terjatuhnya talak.

Bila talak tak jatuh, tidaklah adanya rujuk..

tk

Visitor IP: 113.210.206.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Darah nifas

Nama*:Min
Tajuk*:Darah nifas
Message*:Salam

Nak tanya darah yg masih keluar setelah 40 hari bersakin dikira datah nifas ke?

Kalo masih de sedikit keluar sekali sehari perlu solat ke?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Darah nifas paling minima sehari dan maksimanya ialah 60 hari. Jika dalam tempoh 60 hari itu masih ada darah keluar walau sedikit maka ia masih dikira berhadas besar dan tidak boleh solat dan mandi hadas dulu..

tk

Visitor IP: 113.210.206.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 18, 2016

Soalan: Situasi Berlaku Talak

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Situasi Berlaku Talak
Message*:Salam ustaz. Saya ada satu persoalan yang menganggu fikiran saya iaitu apakah jatuh talak sekiranya si suami dan si isteri bersembang mengenai rakan mereka yang baru diceraikan. Situasi berlaku apabila si suami menceritakan semula kepada si isteri bagaimana rakannya itu diceraikan. Namun demikian, si suami tidak ingat bagaimana gaya penceritaannya kepada si isteri sama ada beliau ada mengulangi semula lafaz soreh sepertimana yang diucapkan oleh suami rakan mereka atau tidak.
Soalan saya..
1- apakah jatuh talak sekiranya suami terlafaz lafaz soreh secara tidak sengaja ekoran menceritakan semula bagaimana rakannya diceraikan? Contohnya "yusuf kata kt isteri dia, (lafaz soreh)"

2- dalam situasi si suami dan si isteri tadi, apakah jatuh talak sekiranya si suami itu tidak yakin pun pernah menyebut lafaz soreh tersebut. Cuma si isteri merasakan si suami berkemungkinan melafazkannya. Namun bila ditanya semula si isteri pun mulai tidak yakin kerana peritiwa ini telah lama berlaku dan tidak menyangka boleh menjadi talak.
File Upload:
Salam

Sebutan cerai tanpa niat dan tanpa tujuan untuk cerai, tidaklah terjadinya cerai. Contohnya; ustaz berceramah ttg cerai dan menyebut; aku ceraikan isteriku... sebagai contoh dalam ceramah itu.. ia tidaklah menjatuhkan talak...

tk

Visitor IP: 183.171.23.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 17, 2016

Soalan: Jatuh ke talak kinayah

Nama*:Akma
Tajuk*:Jatuh ke talak kinayah
Message*:Asslam ustaz..sy nk tye..sy dan suami ada sedikit pertelingkahan, saya ada ckp jika suami tidak manage n lead rumah tangga dgn brtul, x mustahil perceraian boleh berlaku...suami diam...tak lama lepas itu, suami ada lafz, "kalau awak nk berpisah,kita berpisah..awak boleh pergi"

waktu itu kami dalam rumah..lepas berapa minit saya tye suami lafaz die ada niat cerai ke..die jawb demi allah die xde lagsg menjuruskan lafaz tersebut dengn cerai atau talak..

dan sya sndri bgtau die sy xnk bercerai dan saya tetap dudk dirumah mlam tersebut..bpe minit lepas kejadian sya mohon maaf pd suami dan sy bgtau die tujuan sy ckp tu bukan nk bercerai..suami pun mengakui lafaz yg die sebut td xde niat mnjurus kearah penceraian..suami mgaku dgn nama allah nait die waktu lafazkn bukan lah untuk bercerai..cme die kecewa dgn sy..

adakah lafaz itu jatuh talak?
File Upload:
Salam

Tidak terjadinya talak secara sah..

tk

Visitor IP: 123.136.112.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Ira
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,

saya yang tadi bertanya soal talak.

suami: ingat nak talak kan awak macam tu sahaja.. (ayatnya begini)

saya ada tnya maksudnya bagaimana dia ckp maksud talaknya ialah takkan dia nak biarkkan saya macam tu sahaja,

dan dia tiada hanya berfikir mengenai pilihan berpisah jika tiada penyelesaian.dan dia juga tidak ada niat ingin berpisah sekaligus untuk ceraikan saya.

bagaimana dengan ayat diatas ustaz.

tq
File Upload:
Salam

Jika begitu.. tidaklah terjadinya talak..

tk
Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Ira
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang keluar dari mulut suami.

Kami bergaduh dan suami ada berkata kalau mcm ni aku tak terkilan kalau berpisah aku da tak kesah. kalau sampai kearah berpisah. dan perkataan kedua suami ada menyebut semasa berbincang secara baik dia ada bercakap ingat tak talak kan awak mcm tu shj..maksud talak dia cakap ingat nak biarkan awak macam tu sahaja..
adakah akan jatuh talak pada ister?

tq
File Upload:
Salam

Maaf kurang jelas butiran percakapan suami di atas.

Jika suami tidak sebut talak secara jelas, secara langsung.. tidaklah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Klimaks tanpa bersetubuh tanpa niat rujuk

Nama*:Hana
Tajuk*:Klimaks tanpa bersetubuh tanpa niat rujuk
Message*:Salam. Saya dan suami dalam tempoh iddah. Saya ingin rujuk kembali tapi suami tiada keinginan berkenaan. Ada suatu hari saya ghairah, cuba goda dia dan minta izin suami untuk guna badan dia untuk puaskan saya, dia izinkan. Saya letak tangannya di kemaluan sehingga saya klimaks. Semestinya dia juga terangsang jadi saya offer untuk klimaks dia secara oral dan tangan. Dia juga izinkan saya gesel kemaluan saya pada kemaluannya tapi dengan syarat jangan masukkan ke dalam sebab dia masih tiada niat untuk rujuk. Kemudian dia juga klimaks.

Persoalan saya, apakah perkara yang kami lakukan itu dikira bersetubuh? Bolehkah saya goda suami sebegitu? Saya sangat berniat supaya dia berubah hati untuk rujuk.. Haramkah suami saya biarkan dirinya dilakukan begitu walhal dia tiada niat untuk rujuk? Adakah perbuatan kami dikira rujuk walaupun tanpa niat? Terima kasih.
File Upload:
Salam

Pesetubuhan itu ialah memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan.. dalam kes ini, berlaku hubungan luar bekas suami isteri.. pada saya hukumnya tetap haram kerana pasangan bukannya lagi suami isteri yang sah.

Rujuk tidak terjadi jika suami tiada niat atau tiada ucapan untuk merujuk.

Beristighfarlah..

tk

Visitor IP: 124.13.128.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai

Nama*:syamsul
Tajuk*:cerai
Message*:assalam ustaz.

adakah jatuh talak jika suami melafazkan "aku lepaskan kau" kepada isteri dalam keadaan selepas minum arak & mengambil dadah? dadah tersebut menyebabkan si suami menjadi panas baran hilang pertimbangan.
File Upload:
Salam

Lafaz sedemikian boleh menyebabkan jatuhnya talak jika dengan niat untuk menceraikan isteri. Mabuk dengan sengaja, meminum arak atau dadah dikira masih taklif dan sah perlakuannya. Ucapan seperti ini boleh menjatuhkan talak.

tk


Visitor IP: 123.136.112.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:syam
Tajuk*:talak
Message*:salam ustaz. isteri saya meletakkan beberapa syarat utk saya patuh agar tidak jatuh talak; contohnya 1. kalau saya berjudi lagi, kita cerai. 2. kalau saya minum arak, kita cerai. 3. kalau saya ambil dadah, kita cerai. syarat2 ni diletakkan dalam masa yg berbeza. dan saya setuju. kemudian saya langgar syarat2 ini dalam masa berbeza juga, adakah telah jatuh talak 3? atau talak pertama yang jatuh saja yang dikira? kemudian adakah syarat2 lain yang belum dilanggar jadi terbatal? bagaimana pula kalau semasa saya setuju dengan syarat2 tersebut saya langsung tidak ada niat cerai, sebaliknya yang saya faham saya cuma setuju untuk berbincang di mahkamah. terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Jika berbuatan itu dikaitkan dengan talak, maka terjadilah taklik. Apabila perbuatan berkenaan dilakukan, ia dikira melanggar taklik dan menjatuhkan talak satu.

Dalam kes ini, pelanggaran pertama taklik akan menjadi penyebab kepada terjadinya talak taklik dan jatuhlah talak satu.

Kes ini perlu dibawa ke pengetahuan qadi bagi menentukan kesahan taklik berkenaan.

tk

Visitor IP: 123.136.112.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 16, 2016

Soalan: lafaz cerai

Nama*:tania
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam ustaz

saya ada menerima sms daripada suami menyatakan "saya tak perlukan awak da". adakah jatuh talak?
File Upload:
salam

Jika suami bermaksud (berniat) untuk cerai, maka terjadilah talak.

Tanyakan pada suami.

tk


Visitor IP: 183.171.16.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ia lafaz talak Taqlik?

Nama*:Niza
Tajuk*:Adakah ia lafaz talak Taqlik?
Message*:Salam ustaz...
Saya bergaduh dengan suami...suami halau saya, kemudian saya tak jadi keluar...
suami memujuk saya...
Suami berkata " jangan keluar dari pagar depan, pagar depan pintu sliding ni boleh",
Saya pun cakap " kalau nak pergi kedai, pergi jalan jalan, hantar anak sekolah"?,
Suami pun jawab : "pergi dengan abang, pergi sama sama,"..

Soalan saya : adakah ayat suami " jangan keluar dari pagar depan, pagar depan pintu sliding boleh," merupakan lafaz talak Taqlik??

Suami hanya lafaz ayat melarang, tapi suami tak kaitkan dengan ayat/ perkataan cerai...
Dimana, dalam ayat suami tu tiada perkataan cerai...

Macam mana tu ustaz, sbb selepas sebulan, sayan dah keluar dari pintu pagar depan utk keluar hantar/jemput anak sekolah, keluar buang sampah, keluar pergi klinik...semuanya tanpa suami sebab suami kerja dan adamasa suami di rumah utk rehat sbb letih...

Bantu saya ustaz..
Mohon pandangan ustaz...
File Upload:
Salam

Jika difahamkan kepada ayat berkenaan, suami tidak kaitkan larangan itu dengan cerai. So, ia tidak dikira terjadinya taklik. Larangan itu hanyalah larangan semata-mata...

Minta suami perjelaskan maksud larangan itu.. mungkin dia tak puas hati pd hari kejadian..

tk

Visitor IP: 113.210.54.223

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 15, 2016

Soalan: Adakah ia lafaz kinayah bagi talak??

Nama*:Nani
Tajuk*:Adakah ia lafaz kinayah bagi talak??
Message*:Salam ustaz..saya bergaduh kecil dgn suami...
Dlm facebook, saya unfriend suami.

Saya cakap kepada suami " nani tak nak kawan dengan abang"...
Suami saya senyum je , mengusik saya...

Suami pun kata " betul ke tak nak kawan dengan abang"?..
Saya cakap "ha'a.."...

Apa hukum bila suami tanya " betul tak nak kawan dengan abang & saya cakap ha'a,
dikira lafaz kinayah ke ustaz, sbb saya jawab pertanyaan suami, saya iyekan tak nak kawan dengan suami...
File Upload:
Salaml

Ia bukanlah kinayah untuk talak.. suami tiada niat utk talak, tidaklah terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 113.210.59.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan

Nama*:Man
Tajuk*:Pertanyaan
Message*:soalan saya.
Dalam keadaan hujan sebiji lori membawa babi dan tidak bertutup. saya menaiki motosikal dan terdapat percikan air terkena saya kerana berada di belakang lori tersebut dan saya was was adakah perlu disertu semuanya?
File Upload:
Salam

Tidak perlu.. memadai mandi sahaja utk membersihkan kotoran.

tk

Visitor IP: 123.136.111.148

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, October 14, 2016

Soalan: kulit hitam

Nama*:mohd syukri yahya
Tajuk*:kulit hitam
Message*:salam ustaz,saya melakukan mandi wajib dan terus bersolat..selepas selesai solat,saya perasan ada kulit hitam atau macam kulit kuping..kemudian saya dah nampak tu saya basuh sahaja pada paip..sah tak mandi hadas saya itu? solat pun sah tak? adakah kalau biarkan sje ia tetap sah sebab ia dikira zahir?
File Upload:
Salam

Solat dan mandinya sudah sah. Jika kuping pada kulit, memadai diratakan air pada atas kuping berkenaan sahaja.

tk

Visitor IP: 203.106.156.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 13, 2016

Soalan: Jatuh talak

Nama*:Azimah
Tajuk*:Jatuh talak
Message*:Soalan.

1. Suami kata kalo perangai ko mcm nie, kite tak akan bersama... isteri buat tak tahu je.. jatuh talak tak? Suami tidak niat cerai cuma nak mengugut.

2. Suami kata dalam keadaan marah ... ko nak cerai ke? Isteri tak menjawab pe2. Jatuh talak tak?
File Upload:
Salam

1. Tidak jatuh talak

2. Tidak jatuh talak. Talak hanya akan jatuh setelah suami melafazkan talak secara terang..

tk

Visitor IP: 113.210.64.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 12, 2016

Soalan: pengesahan lafaz kinayah

Nama*:isteri malang
Tajuk*:pengesahan lafaz kinayah
Message*:Assalamualaikum Ust.

Terima kasih kerana membaca dan menjawab soalan saya.

Perbualan saya dan suami tempoh hari kami begaduh besar kerana 2 minggu sebelumnya kami buat hal masing2 kerana hal duit dan lain2. Saya berdiam diri dan tak bercakap dengannya dan dia pun sama. Dia bgtau kena outsation pada hari dan beberapa jam sebelum berlepas ke oversea dan memaklumkan kepada saya pada waktu itu.

Oleh kerana saya banyak memendam atas perbuatannya saya jadi meletup dan menghantar msg seolah sy amat kecewa dengan tindakannya begitu. Msg sy padanya mmg ada unsur perli. Dan dia melenting, memaki berbagai bentuk sumpahan spt betina bodoh, sial, muka buruk macam pontianak, tak ada nilai dan tak guna dan provoke sy utk sy minta cerai walhal tak ada perkataan tu dari saya.

1. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) saya dan suami pada tempoh hari.

SUAMI : Kita selesaikan skrg, ko nak aku lepaskan ko bgtau skrg aku lafzkan skrg jugak bodoh.

woi betina bodoh jawabla aku nak lafazni, biar ko jgn ada wujud lg dlm hidup aku ni.

kalo berani jawab biar aku selesaikan skrg ni jugak lg lama bela ko lg bertambah masalah aku ni dasar betina.

woi betina aku masih hidup dengan ko disebabkan anak sahaja jelasssss bkn krn ko.

bangsat btl la ko ni sial jwb la aku call biar aku lepaskan ko terussss dr hidup aku ni

berani jawab laaa. biar aku lafazkan senang tutup buku selesai masalah jwb sblm aku gerak ni.

ISTERI (saya): OK.

SUAMI: apa yg ok?

ko nak aku lafazkan?

betul ko jawab ok aku terus lafazkan, Selesai masalah ni okay jawab ar ko kan berani sgt.

ISTERI (saya) : Ya teruskan. ( Maksud sy call la balik) bkn ya untuk dia lafaz.

SUAMI: ko jgn hidup dengan aku lagi

ok puas

aku dah gerak ni ko tlg jg anak aku baik2. Blk ni aku nk jmp dia.

ISTERI(saya): Lafaz cerai ke tu? Nak kan kepastian.

SUAMI: ko nak sgtkan aku dah bg..ko puasssss

aku lg puas

ye

ko nk aku bg la


2. Adakah itu lafaz kinayah suami yg mmg berniat untuk ceraikan saya??

3. Sy maklumkan kpdnya bahawa ini adalah talak tiga krn sblm ni dia dah lafaz cerai 2x. kali ni saja yg berbentuk kiasan. Yg 2 kali terdahulu jelas "Aku ceraikan kau" kali kedua "dah,,,aku ceraikan kau".

4. Adakah ini terjadinya talak ke 3. Sedangkan jwpn sy bukan utk bercerai atau mtk cerai?

5. Lepas beberapi hari suami beritahu yang dia hanya mengugut jika sy nk sgt bercerai.

Mohon Pencerahan Ustz....:(
File Upload:
Salam

Pada perbualan pertama tadi, suami secara sedar telah menceraikan isteri dengan bahasa kinayah dan suami sedar dia telah jatuhkan talak. Pada pendapat saya, talak telah pun jatuh ke atas isteri.

JIka talak sebelum ini telah terjadi dua kali, maka talak yang terakhir ini dikira sebagai talak ke tiga; talak tiga.

Saya kira kes ini perlu dirujuk ke pejabat kadi bagi mendapatkan kepastian status perkahwinan puan.

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perkataan sumpah

Nama*:Emi
Tajuk*:Perkataan sumpah
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai perkataan sumpah. Begini ceritanya , ia terjadi semasa bergaduh waktu bercinta 8-9 thn lps.. Si lelaki pernah menyebut " aku bersumpah dgn nama Allah tidak akan dgn kau/berkahwin dgn ko selamanya" begitu ayatnya saya tak igt. Dan si lelaki telah menarik blk sumpah nya setelah kami berbaik.Apakah hukum nya ustaz.. Kerana kami telah berkahwin saat ini.

Tk
File Upload:
Salam

Dikira suami telah melanggar sumpahnya sendiri...

Kena bayar fidyah kut..

Maaf, saya kurang arif ttg hukum sumpah spt ini.. Kena minta nasihat drp ustaz lain,

tk


Visitor IP: 113.210.179.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 11, 2016

Soalan: Inginkan kepastian

Nama*:Azila
Tajuk*:Inginkan kepastian
Message*:Salam ustaz, saya telah memaklumkn kepada suami jika esok nk beli barang A, saya perlu kuarkn duit asb. Cth ayat: esok kita p beli barang A, saya g kuar duit asb jap.
Adakah suami saya telah menta'liqkn saya bila suami tulis: xpayah, klu ko kluar duit ak talak ko.
1) Adakah talak akan jatuh jika saya keluarkn duit asb pada masa tersebut untuk beli brg A tersebut? atau
2) talak tetap akan jatuh jika saya keluarkn duit asb? Atau
3) jika selepas 2-3 baru saya keluarkn duit asb utk beli barang A, talak tetap jatuh.

Mohon pencerahan dari ustaz.
Terima kasih
File Upload:
Salam

1. Ia menjatuhkan talak jika puan keluarkan duit berkenaan kerana suami mengaitkan keluar duit dengan talak.

2. Talak tetap akan jatuh

3. Jika suami masih berkeras utk tidak benarkan dikeluarkan, maka ia akan jatuh juga...

tk

Visitor IP: 113.210.52.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 10, 2016

Soalan: bintik hitam

Nama*:muhd nur azman
Tajuk*:bintik hitam
Message*:assalam tuan ustaz,..nama sya muhd nur azman..sye nk bertanya mengenai mandi hadas..saya dah mandi hadas..kmudian saya perasan ada bintik hitam pada hujung isi kulit ibu jari kaki..kuku sudah pendek..cuma hujung isi kuku ibu jari mcm ada bintik hitam dan sye kalau buang takot ia sakit dan ngilu...jdi masa mandi tu saya just gonyoh je dgn air paip tu..saya tak cungkil pun isi kuku itu sbb baru cungkil pun dah rasa ngilu..jd mandi saya sah tak ? atau biarkan saja dan lalukan saja air pada jari kaki itu dah memadai? adakah mandi sya sudah sah dan tak perlu ulang lagi dah? minta pandangan tuan ustaz.. tk
File Upload:
Salam

Sah mandinya, bintik hitam yang melekat jika sakit dan sukar hendak dibuang, dimaafkan. Mungkin ia darah beku yg terletak di bawah kulit.

tk

Visitor IP: 183.171.164.71

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 9, 2016

Soalan: cairan yang keluar

Nama*:azim
Tajuk*:cairan yang keluar
Message*:salam,ustaz..perlu mandi hadas ke jika kita lepas keluar berjalan bersiar-siar lepas itu nampak macam kebasahan dan lekit yang tipis.tak mungkin air mani akan keluar dalam keadaan sebegitu?atau adakah itu cairan mazi? saya abaikan sahaja dan tidak lakukan pun mandi hadas kerana saya fikir secara logik takkanlah air mani keluar dalam situasi begitu..benar tak ustaz cara saya itu tak payah mandi hadas dan sebaliknya cuci saja? dan itu memang benar ye cairan mazi?
File Upload:
Salam

Itu air mazi, memadai dengan basuhan sahaja.

tk


Visitor IP: 183.171.16.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 8, 2016

Soalan: Hukum suami berkata "aku solo, aku bawa diri"

Nama*:Isteri resah
Tajuk*:Hukum suami berkata "aku solo, aku bawa diri"
Message*:Assalammualaikum...
Mohon ustaz bagi pandangan, adakah ia merupakan ucapan Talak Kinayah/tak jelas...:

Saya ada baca di FB suami diruangan komen pada gambar saya,suami & anak2 bercuti..
Suami ada komen : Oi, Aku solo dah
Kawannya kata : da kenapa?
Suami balas : Bawak diri..

Ustaz, apa hukum bila suami kata "Oi, Aku solo dah".
Adakah boleh jadi talak kinayah...
Sebab saya ada terbaca, kalau suami mengaku bujang/duda, maka ia boleh jadi jatuh talak...
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak..

Talak perlukan lafaz yang jelas, jika kinayah pun, ia perlukakn bayangan yang jelas juga berserta niat..

yk

Visitor IP: 1.9.102.238

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, October 7, 2016

Soalan: adaka ini di anggap sdh becerai?

Nama*:shella
Tajuk*:adaka ini di anggap sdh becerai?
Message*:suami menyatakan melalui sms "minggu depan kita bercerai di mahkamah"
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadi talak lagi.. sehinggalah suami melafazkan betul-betul TALAK itu..

tk

Visitor IP: 103.245.90.246

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 6, 2016

Soalan: keliru



Nama*:fauzan danial
Tajuk*:keliru
Message*:assalam..ustaz,saya ingin bertanya..selepas bangun daripada tidur saya pergi ke bilik air untuk membuang air kecil. Sebelum nak kencing tu saya nampak ada cairan melekit,bertali yg nipis..adakah itu AIR MAZI/WADI/MANI?? saya abaikan dan terus saja basuh..kemudian selepas dah selesai kencing itu tadi.,,saya pun duduk2 santai tiba2 nampak lagi air jernih bertali sedikit keluar..saya abaikan juga dan lap sahaja..ustaz, cuba ustaz berikan jawapannya itu ialah AIR MAZI/WADI ATAU MANI? nampak kelihatan seperti mazi..bantu saya berikan jawapannya.. TK
File Upload:
Salam

Air mani keluar kerana adanya ghairah dan kemuncak. Air mazi boleh keluar tanpa gahirah atau ghairah tapi tak kemuncak...

Kalua air mazi, basuh sahaja memadai. Air mani kenalah mandi hadas besar.

tk

Visitor IP: 183.171.160.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 5, 2016

Soalan: nazar


Nama*:ali
Tajuk*:nazar
Message*:salam. apakah terjadi nazar sekiranya seorang mak mengatakan sebegini "sekiranya dia dapat duit pencen esok-esok, dia akan bawak semua anak-anak dia ke mekah? tk
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadi nazar.. Nazar hendaklah disebutkan NAZAR..

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Zihar atau tidak


Nama*:Adib
Tajuk*:Zihar atau tidak
Message*:Salam. Baru-baru ini isteri mengeluh punggungnya makin besar selepas melahirkan anak pertama kami. Kemudian isteri bertanya macamna ni bang? Kebetulan mak sy ada di sekitar kami lalu saya berkata " cuba tengok mama tu dia bontot besar jgk, relaks ja dia". Tujuan saya di sini adalah sekadar memberitahu isteri supaya jgn byk mengeluh. Orang lain pon bersalin jgk, punggung besar jgk. Soalan saya. Apakah ia zihar?
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira terjadinya zihar.. Zihar terjadi dengan adanya niat untuk zihar dan dengan tujuan menghina...

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perceraian


Nama*:Borhan
Tajuk*:Perceraian
Message*:Salam Ustaz ,

Saya telah tinggal kan isteri saya selama 20 tahun dan saya pernah bawa kes perceraian ini ke makhmah tapi isteri saya tidak mahu di ceraikan. Dan isteri saya mengugut akan buat tuntutan sampai saya hilang segala-gala. Ugutan itu buat saya geram dan biarkan perkara ni berlamaan.
Kami tidak serumah selama 20 tahun. Niat hati saya memang saya nak ceraikan isteri saya tapi hingga kini saya buat tak tahu je. Dan isteri tidak balik selama 20 tahun.
Isteri saya yang keluar rumah .

Sekarang saya sudah tua dan tak larat lagi dalam usia 60 tahun dan hidup keseorang.

Dah dia masih isteri saya atau tidak
sebab saya dah tak ada niat lagi untuk bersama dengan dia.

Sekian Terima kasih.
File Upload:
Salam

Masya Allah.. Kasihan isteri, kenapa dibiarkan tergantung sebegitu.

Jika suami tidak pernah melafazkan cerai, tidaklah terjadi cerai. Tapi dalam lafaz taklik, isteri yang tidak diberi nafkah selama 4 bulan dan mengadu ke mahkamah, ia berhak mendapat tebus talak.

Dalam kes ini, saya tidak pasti setakat mana suami melafazkan cerai itu.. sam aada dia betul melafazkan atau tidak..

Saya cadangkan kes ini dibawa ke mahkamah untuk penjelasan lanjut.

terima kasih tuan.



Visitor IP: 60.53.61.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah merupakan talak kinayah

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (5 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Rina
Tajuk*:Adakah merupakan talak kinayah
Message*:Saya bergaduh dgn suami pasal anak nakal...
Kemudian, suami kata " kau keluar","pergi keluar"...sambil suami pandang kearah pintu sliding door dimana ia pintu utk keluar dari rumah.

Jatuh talak atau tak?
File Upload:
Salam

Kena pastikan drp suami. apa maksud KELUAR itu.. jika keluar ialah keluar sahaja, tidaklah jatuh talak. Tapi jika suami lafazkan keluar itu bermaksud cerai, terjadilah talak satu. pastikan drp suami..

tk

Visitor IP: 1.9.103.187

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 4, 2016

Soalan: Jatuh ke talak?

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (6 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Mohd
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:Salam ustaz.

Bagaimana pula jika lafaz,

"Kalau tak dapat jual handphone ni hari ni, baik kita bercerai jelah senang/baik kita dikira bercerai jer.."

Atas apa yang saya fahami perkataan BAIK itu bermaksud LEBIH BAIK yg mana ia tak semestinya dilakukan cerai ( betul kan saya kalau saya silap)

Adakah ianya telah disabitkan lafaz talak jika suami berkata sebegini? Kalau tak jatuh boleh ustaz bagitau kenapa? Nak dijadikan ilmu.. Saya was was. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak dan tidak dikira lafaz taklik..

*kenapa jual hp kena cerai ye?

tk

Visitor IP: 115.164.56.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak.

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (7 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Hamba Allah.
Tajuk*:Talak.
Message*:Salaam ustaz. Suami isteri bergaduh. Dan isteri buat keputusan nak keluar dari rumah. Suami pun berkata kepada isteri, "Siapa suruh awak keluar dari rumah??"

Lalu isteri pun bertanya kepada suami seakan akan mencabar tahap kesabaran suami, dgn bertanya, "Kenapa pun kalau saya keluar?? Awak nak jatuhkan talak tiga???"

Tetapi, suami diam tidak membalas kata2 isteri kerana malas nak layan kata2 isteri yg sudahpun melampaui batas. Takut dilayan makin menjadi jadi.

Soalan saya, adakah jatuh talak kerana suami mendiamkan pertanyaan isteri tersebut? Betulkan saya kalau saya silap. Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih
File Upload:
Salam

Mendiamkan diri kerana tak nak gaduh lagi..itu bagus... pada kes ini, ia tidak menjatuhkan talak kerana diam di sini bukan bermaksud diam setuju...

tk

Visitor IP: 115.164.56.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 3, 2016

Soalan: Taklik

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (9 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Bunga
Tajuk*:Taklik
Message*:Saya adalah seorang balu sebelum ini dan telah berjumpa seorang lelaki bujang. Kami telah bernikah di seberang iaitu di selatan thailand berwalikan wali hakim kerana tidak ada persetujuan daripada orang tua saya. Setelah sebulan kami berumahtangga, saya mulai sedar dia mempunyai sikap panas baran dan kehendak seks yg luar tabii membuatkan saya berjauhan daripadanya, kerana takut. Untuk pengetahuan ustaz, kami masih belum sempat mendaftar perkahwinan ini lagi di malaysia. 5 bulan telahpun berlalu, yakni selama tempoh itu sehingga sekarang, kami tidak pernah lagi bertemu dan apatah lagi suami pun tidak pernah lagi memberi nafkah zahir mahupun batin. Adakah saya telah tertaklik? Dan memadai sahajakah saya mengadu kepada saksi2 atau keluarga suami? Adakah kes saya sudah habis di sini? Dan bolehkah saya menerima pinangan lelaki lain? Sekian, terima kasih ustaz yg di hormati.
File Upload:
Salam

Puan, pernikahan di selatan Thai itu telah sah dan puan masih menjadi isterinya. Puan kenalha berhubung denan suami dan mintakan kepastian daripadanya sama ada mahu teruskan hubungan atau berpisah. Jika suami mahu berpisah dan dia menjatuhkan talak, barulah puan boleh bernikah dengan lelaki lain setelah tamatnya edah.



Visitor IP: 183.171.16.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA