Soalan: was-was
Nama*: | ahmad bukhari bin mohd khir |
Tajuk*: | was-was |
Message*: | assalammualaikum ustaz,ade 2 persoalan:
1)sye dah siap mandi wajib..tiba2 lepas sje mandi tu ade mari perasaan air tidak rata dan perasaan seperti trsalah niat.adakah itu was2 syaitan ustaz????
2)semasa mandi wajib,sambil mandi sye niat berulang2..masa tgh niat2 tu mcm ada lintasan menyatakan 'aku mandi sunat'..sdgkn niat sye mmg niat mandi wajib..adakah mandi saya itu tidak sah dan perlukah saya ulang semula mandinya atau mandinya tadi itu sudah sah?? kalau perasaan itu kuat nak mandi semula adakah jangan melayani perasaan2 itu? adakah perasaan yg menyatakn 'mandi sunat' itu gangguan dari bisik2 was2?? |
File Upload: | |
Salam
1. Jangan layan dengan was-was. lagi anda layan lagi dia datang dan akhirnya menyusahkan hidup anda. Pastikan telah mandi dan telah ada niatnya dan airnya dah merata, cukuplah tu. Islam tak menyusahkan umat..
2. Usah dilayan was-was.. niat bukannya susah.. sebut sahaja nak mandi wajib.. dah sah..
tk
Visitor IP: 183.171.165.220
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.