Soalan: jatuh kah talak?
Nama*: | mia |
Tajuk*: | jatuh kah talak? |
Message*: | assalam..ustaz nk tanya...suami saya pernah berjanji pada saya dgn ayat "sekiranya saya buat hal dan perkara keji lagi, awak boleh tinggalkan saya"... dan slps itu sy ada msg suami dgn ayat "jd ingatlah, boleh jatuh talak atas saya if awak buat lagi perkara keji or main perempuan, walaupun tanpa pengetahuan saya..." dan suami balas "ok... baru2 ni, sy ada nampak dia msg di instagram ngan perempuan seksi.. tp isi msg tsbt dah kosong dah dipadam...bila ty, dia ckp xde apa2 just say hallo dan perempuan tu xreply pon..wallahualam,,., persoalannya; adakah jatuh talak atas sy ustaz? |
File Upload: | |
Salam
Ia tidak jatuh talak, taklik itu terlalu umum, tidak dikhususkan apa maksud 'keji'.. kena pastikan daripada suami makna keji itu.. mungkin suami bermaksud zina atau mungkin dengan perkara lain.
tk
Visitor IP: 218.208.102.34
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.