Sunday, June 12, 2016

Soalan: Was was lafaz talak

Nama*:Suami was was
Tajuk*:Was was lafaz talak
Message*:Assalam ustaz,

Ketika berselisih faham dgn isteri saya berasa marah dan terlintas didalam hati saya melafazkan cerai. Kerana saya sorang yg berpenyakit was was yg kronik saya mengulanginya semula didalam hati untuk memastikan yg saya benar2 bercakap hanya didalam hati. Tetapi saya terasa seperti lidah saya bergerak dan menyebut "aku cerai" hanya terhenti disitu dan tidak menghabiskan ayat tersebut dan saya tidak pasti mendengar suara atau tidak. Adakah perkataan "aku cerai" dikira ayat lengkap dan menjatuhkan talak tanpa kata2 yg lengkap seperti "aku ceraikan kau"? Niat saya ketika mengulang itu hanya untuk memastikan saya tidak telafaz keluar suara dan hanya didalam hati, tetapi terasa seperti lidah bergerak mengikut hati. Saya sangat sygkan isteri saya dan kesalahannya tidaklah sebesar mana cuma saya terlalu dipeengaruhi oleh penyakit was was saya. Jika kami masih suami isteri dimanakah saya boleh dapatkan rawatan ustaz?
File Upload:

Salam

Cuba usahakan rawati penyakit ini.

Kenal belajar dan fahami bab agama esp. bab cerai dan talak. Dah faham, baru ada keyakinan. Yakin dengan ilmu..

bina keyakinan diri, banyakkan istighfar dan baca al-quran.. lawan was-was.. usah pedulikan bisikan yg tak betul..

Talak tidak terjadi lagi.. Niat tak ada..


tk

Visitor IP: 115.164.179.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA