Thursday, June 16, 2016

Soalan: puasa

Nama*:aslam
Tajuk*:puasa
Message*:salam ustaz ketika puasa ,

1. sy terasa seperti mknn dlm mulut tapi bila cuba cari dgn lidah takde langsung mknn lalu sy telan je air liur? batal tak puasa?

2 . sy duduk sje2 semasa puasa ni tiba2 terasa bunyi seperti gigi gigit pasir ataupun serpihan gigi pecah..bila di cari pun tiada apa2 spt pasir ke gigi pecah ke..sy telan je air liur mcm biase..batal tak puasa??

isteri sy terlalu tegur sy suka meludah..punca sy meludah krn terasa mknn pdhal lepas sahur sy dah gosok gigi abis2..tp skang sy cuba utk buat x layan bile terasa mknn..tp kdg2 rs ragu2 tkt terbatal sy x layan terasa mknn tu..main telan je air liur..boleh ustaz terangkan..tq
File Upload:
Salam

JIka pasti tak ada sisa makanan, air liur itu boleh ditelan dan tidak membatalkan puasa.

Jika terjadi lagi seperti ini, silalah berkumur dan buangkan apa yang tergigit itu.. tak semua objek dapat dirasai oleh lidah..

Air liur tak perlu diludah ketika berpuasa. Telanlah air liur tu... Allah bagi nikmat kenapa nak dibuang?

Usah layan dengan ragu-ragu.. belajar ttg hukum agama dan amalkan.

tk

Visitor IP: 60.48.193.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA