Soalan: hadas besar
Nama*: | hamidi |
Tajuk*: | hadas besar |
Message*: | ketika di bulan puasa ni..sy terkhayal terfikir benda lucah secara tak sengaja..sy terasa kemaluan sy kebas dan bergerak sedikit..lalu sy cek adakah terkeluar mani..sy dapati ade air jernih di hujung kemaluan sy..jernih dan tidak melekit dan bertali..sy rs lebihan air kencing sbb lbih kurang 20 mnit sblum tu sy buang air kecil..tp sy rs ragu2 adakah mani sbb kemaluan sy bergerak semasa terfikir benda x elok..xde pulak terasa terpancut ke rs letih ke rs lesu..lembab ujong kemaluan pon jernih..x batalkan puasa sy ustaz?? |
File Upload: | |
Salam
Tak baik berkhayal dan tengok video lucah, terutamanya bulan puasa..
Elakkan sama sekali. banyakkan zikir dan bacaan Quran.
Rujuk jawapan saya di atas...
tk
Visitor IP: 218.111.16.224
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.