Tuesday, June 7, 2016

Soalan: Tertalak atau tidak?


Nama*:zaidin
Tajuk*:Tertalak atau tidak?
Message*:Assalamulaikum wbt ustaz,

saya seorang yg berpenyakit was-was yg sgt teruk, ketika sedang memandu saya telah bergaduh dgn isteri saya sehingga saya telah mangatakan pada beliau "Jika kau tak suka kat aku lagi kau pergi balik (balik kerumah ibunya)" ketika melafazkan kata2 itu saya tidaklah berniat untuk mentalak beliau cuma mmg saya ada berharap jika dia balik kami akan bercerai... kerana saya kecewa beliau tidak dapat menerima penyakit saya, namun sebaik sahaja (sejurus waktu yg sama) saya berkata2 begitu timbul was-was di dalam hati... adakah saya telah mentalak beliau dgn berkata2 begitu dan saya terus berkata dalam hati "bercerai lah!" tetapi hanya di dalam hati (tidak melafazkannya).

Persoalannya adakah itu dikira niat saya? walau pon pada ketika melafazkannya saya tidak berniat talak... tetapi sebaik shj berkata begitu saya berkata dalam hati kira bercerai... dan adakah tertalak isteri saya itu? saya terlalu marah ketika itu dan bercampur dgn penyakit saya sehingga sanggup berkata sebegitu di dalam hati... akibatnya saya ragu2 yg mana satu niat saya... adakah niat yg kedua itu dikira menjatuhkan talak?
File Upload:

Gangguan was-was perlu diubati dahulu. Lawan dan lawan... Dalami ilmu agama esp bab talak dan fiqh. Dengan ilmu barulah ada keyakinan yg boleh melawan was-was.. ISteri pun tak suka dengan orang yang was-was...

Pada saya, ia tidak menjatuhkan talak selagi tiada ucapan langsung tentang talak.

tk

Visitor IP: 210.48.222.9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA