Soalan: talak selepas persetubuhan suami isteri adakah sah atau bagaimana?
Nama*: | khairunnisa |
Tajuk*: | talak selepas persetubuhan suami isteri adakah sah atau bagaimana? |
Message*: | Salam Ustaz.. Saya ni nak tanya.. Ada kah sah apabila suami dalam satu masa dia ada buat talak kinayah/sindiran kepada saya dan saat itu juga dia berkata yang saya ni bukan isteri dia lagi ' awak bukan isteri saya lagi' dua kali* sebelum kmi bergaduh kami telah melakukan persetubuhan. Adakah hukum nya sah atau tidak ? Sebab ianya Haram kan, adakah tidak sah atau bagaimna ustaz? Dan esok harinya saya ada tanya kepada dia setelah kami berbaik dia mengatakan dia tidak ada niat tapi ketika itu dia marah mengatakan perkataan yang diatas saya beritahu tadi. |
File Upload: | |
Salam
PErkataan suami; awak bukan isteri saya lagi; boleh menjatuhkan talak. Jika suami berniat untuk cerai, maka terjadilah talak.
PErsetubuhan sebelum bergaduh, tak ada hal lah kan .. ? mohon penjelasan fakta ini..
tk
Visitor IP: 202.152.70.0
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.