Soalan: keraguan taharah
Nama*: | airul fikri bin abdul razak |
Tajuk*: | keraguan taharah |
Message*: | ustaz,setiap kali mandi hadas besar,mesti ade dtg pelbagai bisikan2 yg mengata mcm2 seperti nak putus niat la dan bermacam2..nak tnye kalau kita teruskan juga walau ap jua niat yg bnda itu bisik2,mandi saya tetap sah atau pun tidak menjadi sah?? contohnya niat saya ialah 'aku mandi wajib', kemudian ada bisik yg dtg mengatakan ,'aku mandi junub',sedangkan saya menyebut 'mandi wajib', saya usaha teruskn mandi tapi risau adakah sah mandinya itu? risau berubah niat dan sebagainya..hakikatnya yg sbnr,adkah mandi sya itu sudah sah ustaz?
Dan soalan yg terakhir,kalau kita yakin air sudah rata,kemudian saya sendiri ckp dlm hati, 'aku nak berhnti mandi ni',, sah kah mndinya? saya tak faham dgn maksud 'putus niat yg membatalkan mandi'..tindakan saya itu tadi sah atau pun tidak mandinya?? terima kasihh w'salam. |
File Upload: | |
Salam
Niat tidaklah perlu diwas-waskan lagi. Usah layan dengan gangguan seperti itu. Ia hanya menyusahkan hidup anda.
Yang penting ada sebutkan 'aku nak mandi hadas besar' itu sudah memadai..
tk
Visitor IP: 203.82.90.129
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.