Soalan: Doa
Nama*: | Amir |
Tajuk*: | Doa |
Message*: | Salam ustas..adakah boleh seorang suami yang was-was berdoa begini untuk memohon petunjuk apabila setiap kali dia berasa was was dengan perkataan yang di tuturkan? Dan adakah doa tersebut dikira lafaz?
"Ya Allah..jika aku telah menceraikan isteriku..Engkau berikanlah aku petunjuk Mu..jika tiada..Engkau dekatkanlah dia kepada ku"
Suami juga tidak pasti samaada berdoa dalam hati atau dengan kuat..adakah perkara begini menjatuhkan talak kerana setiap kali timbul was was suami berdoa?
Terima kasih ustas |
File Upload: | |
Salam
Sebutan doa ini tidak menjatuhkan talak kerana ada perkataan JIKA...
Kenapa perlu ceraikan isteri. Suami kena bertanggungjawab membentuk isteri dan membina rumah tangga ke arah yang lebih baik.. Fikirkan hal ini.. Usah ambil mudah untuk menceraikan anak orang..
tk
Visitor IP: 113.210.72.147
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.