Nama*: | Qila |
Tajuk*: | Talak atau tidak. |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.. Saya ada masalah.. Dulu sy pernah bergaduh dgn suami, dan sy ada menuduh suami menceraikan sy tanpa sedar. Sehingga kini, suami tidak mengaku dan dia menafikannya. Kami masih menjalankan kehidupan seperti biasa sebab sy malas nak mengeruhkan lagi keadaan. Dan malam tadi, suami ada menghina sy dan melemparkan kata kesat pd sy.. Sy dengar dia menghina sy.. Bila sy tanya dia balik.. Dia tak mengaku.. Dia kata sy salah dengar.. Salah faham. Sy mendesak dia untuk mengaku. Sebab sy bengang. Dah mengata org macam2 kenapa mesti tak mengaku. Lepastu suami pun jawab, yer2 dah takpela sy mengaku semua yg awak kata/ tuduh sy ni macam2 tadi, n akan datang. Sy juga tak pasti ada ke tak perkataan 'tadi' tu. Sy gusar dgn kata2 dia. Sy tanyalah dia, habis dah awak cakap macamtu, kalau lepasni sy ada tertuduh awak dah lepaskan sy, itu dikira awak automatic mengaku jugak ke? Suami jawab, tak lah sebab sy bukan lafaz taklik kat awak. Lagi satu sy tak sebut pun pasal mengaku benda dah lepas, dan sy tak ungkit benda yg lepas masa kita gaduh tadi. Sy ragu2 ustaz. Sebab suami ada cakap lepasni sy mengaku jelah apa yg awak kata sy. Bila tanya suami, dia kata takde berlaku pape. Tak perlu nak risau atau syakwasangka. Dia kata lg, masa dia cakap tu takde maksudkan ape2 pun, cuma cakap kosong. Suami kata sy ni yg tak faham ape yg die cakap. Soalan sy ustaz, adakah sudah berlaku nya talak dari kata2 dan pengakuan suami tadi? Jatuh atau tidak jatuh? Sy keliru. Mohon sangat pencerahan dari ustaz. Terima kasih. |
File Upload: |
Isteri tidak sapatutnya mendesak suami dalam hal seperti ini. Isteri perlu terima dan akui apa yang suami perkatakan. Desakan keterlaluan menjadikan suami bertambah marah dan hubungan akan kekal renggang. Jika suami mengaku sebegitu, terimalah pengakuannya. Usah difikirkan perkara jauh yang tidak pasti dan tidak diketahui. Cukuplah dengan pengakuan suami seadanya.
Dalam hal ini, saya dapati suami tidak pernah menyebut cerai secara jelas. Tiada ucapan cerai yang nyata, oleh itu tiadalah terjadinya cerai atau talak.
tk
Visitor IP: 115.164.91.142
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.