Monday, June 20, 2016

Soalan: Talaq dalam keadaan khayal dadah

Nama*:Nur
Tajuk*:Talaq dalam keadaan khayal dadah
Message*:Assalam Ustaz, sy ingin bertanya mengenai kisah perceraian sy dgn bekas suami 6 tahun lalu. Pd mlm pergaduhan, sy telah mendesak suami utk melepaskan sy kerana thu dia curang. Dlm keadaan mrh dia tanya sy sewaktu bergaduh melalui fon, "nak cerai sgt? ok mlm ni aku ceraikan ko". Keesokkan harinya dia blik utk kami selesaikan masalah dan dinasihatkan org tua supaya berjauhan seketika. dlm masa seminggu sblum kami mengesahkan talak tersebut di pejabat agama, kami sekali lagi bergaduh melalui fon, hingga dia hilang kawalan dan mengatakan "Kalau talak hari tu x jatuh, hari ni aku ceraikan kau dgn talak tiga". Sewaktu perbicaraan, keputusan mahkamah mengesahkan talak yang pertama tersebut jatuh. Adakah talak tiga yang dilafazkan kali kedua itu sah? dan mengikut saksi (rakan dia) yang ada disisi sewaktu dia lafaz talak yg kali kedua, dia seolah tidak sedar apa yg diucapkan hinggalah saksi menepuk bahu dan dia tersentak. Pada masa tu dia dibawah pengaruh dadah jenis Syabu & pil kuda menurut saksi. Seterusnya kami berpisah sehingga sekarang, tapi bekas suami selalu memberitahu saya yang dia sehingga ke hari ini merasa tidak tenang sehingga mengetahui hukum sebenar. Mohon penjelasan ustaz.
File Upload:
Salam

Cerai yang dilafazkan oleh suami adalah sah. Ini kerana dadah yang diambil adalah perbuatan sengaja, sama seperti arak. Jika dia sengaja mengambil dadah dan seluruh perbuatannya ketika mabuk adalah dikira (taklif) dan ia adalah sah, termasuklah lafaz cerai.

Mabuk yang tak sengaja seperti makan daun ubi, tiba-tiba mabuk.. maka perbuatannya semasa mabuk itu adalah dimaafkan...

Rujuk kes ini ke pejabat agama.

tk

Visitor IP: 210.186.55.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA