Nama*: | Shila |
Tajuk*: | Adakah jatuh talak |
Message*: | Assalammualaikum.. ustaz Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dengan talak. Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak, keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi…jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang.. Kemudian, bila suami dah reda…saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau. Kemudian saya pun tanya suami melalui sms . Isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ? suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar..Jatuh talak atau tidak? SOALAN 2 Kemudian selang 7 bulan kemudian..saya bertengkar lagi dengan suami. Suami marah saya kerana saya telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya..Suami marah dan terus berkata seperti berikut: 1. Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni 2. pergi balik ke rumah mak ayah kau 3. tak ada kau pun aku boleh hidup lar..aku boleh hidup tanpa kau.. 4. Kang aku hantar kau balik kampung kang 5. Abang telefon ayah kau sekarang …suruh dia datang ambil kau Kemudian bila sudah reda..saya pun message suami guna handphone..dan bertanya mengenai ucapan suami semalam..kandungan message seperti berikut: Isteri: setiap kali gaduh, abang mesti cakap keluar dari rumah ni..saya nak tahu maksud abang cakap macam tu Suami : Bukan yang tu…(cerai)..Abang hantar balik kampung..nanti abang ambil balik..abang tak ada niat tu lar.. Soalan 3 Pada satu malam, saya leka tengok Facebook sampai tak endahkan pertanyaan suami yang minta saya cari sos cili kat dapur..saya kata " cari ler kat dapur, ada atas meja.. Kami bergaduh kemudian suami cakap; kau keluar! Saya jawab tak nak, dah malam.. Kemudian suami cakap "nak ke aku cari perempuan lain"?saya hanya geleng kepala.. "takkan aku minta sos pun tak boleh nak layan"?.. Adakah situasi tersebut merupakan talak kinayah? Boleh jatuh/ jadi talak ke? Adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak. lafaz talak secara kinayah jatuh jika disertakan dengan niat utk bercerai. Apakah erti niat adakah niat sebelum melafaz atau semasa melafaz. Tetapi jika semasa melafaz, niatnya tidak utk bercerai macam mana tu ustaz. Ringkasannya..,apakah yang dimaksudkan niat dalam situasi tersebut? * yang pasti saya yakin suami tiada niat talak.. sebab dia sayangkan saya…selepas kejadian tu,kami berbaik macam biasa .. Soalan: adakah situasi tersebut boleh terjadi jatuhnya talak @ cerai. Mohon penjelasan ustaz tk. |
File Upload: |
1. Tidak jatuh talak kerana ucapan suami tidak bermaksud cerai atau talak.
2. Suami tiada berniat cerai, maka ia masih tidak jatuh talak.. ucapan seperti itu adalah kinayah yg bergantung kepada niat suami.
3. Kasihan kat sos tu ya... sos pun boleh jadi gaduh.. eh.. sudah lah tu..
Ia tidak menjatuhkan talak.
Lafaz kinayah perlukan niat yang benar daripada suami, jika suami faham dan tahu dalam bab ini, dia tahu batas sempadan yang mana jatuh talak dan yang mana tidak..
tk
Visitor IP: 1.9.102.246
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.