Wednesday, June 22, 2016

Soalan: Puasa

Nama*:Hamdan
Tajuk*:Puasa
Message*:Salam ustaz, sepanjang puasa ni byk dugaan sy hadapi..cnthnye sy ragu2 bile ade sesuatu dlm mulut..pernah terasa ade habuk dlm mulut ketika di bazar..sy try main dgn lidah utk pastikan bende itu lalu sy terasa air liur mcm bertali..bile di telan masih rs lg seakan2 ade sesuati dilelangit mulut..adakah air liut yg terlalu pekat membuatkan terasa benda luar??kadang2 fkir balik sy tutup rapat je mulut mse pegi bazar..nk ludah kn tkt lame2 jd was2..sy telan je hingge la dlm kereta sy cuba ludah atas tisu..utk lari dr ragu2..setiap kali jd mcm ni selalu mind set sy suroh sy ganti puasa..apakah pendapat ustaz?? Istri sy ckp air liur terlalu dgn bercampo kering tekak membuatkan mulut sensitif..
File Upload:
Salam

Allah memberikan Islam sebagai agama yang sesuai dengan kehendak manusia. Islam memudahkan kita beribadah.

Kenapa anda terikut dengan was-was yang tentunya menyusahkan hidup. HEntikan..

Puasa terbatal bila minum atau makan dengan sengaja, jika macam habuk termasuk hidung atau mulut, buanglah.. berkumurlah.. itu sahaja.. kalau boleh diludahkan, ludahkan sahaja.

Usah disusahkan hidup anda yang anda bikin sendiri kesusahannya. Orang lain tak sesusah anda untuk menjalani ibadah... kenapa anda sebegitu?

tk

Visitor IP: 115.134.44.71

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA