Nama*: | SITI Z |
Tajuk*: | Sihir Pemisah |
Message*: | Assalamualaikum. Saya igin bertanya. Sebelum tu untuk pengetahuan ustaz saya pernah curang dengan suami 1 tahun yang lalu Saya juga telah insaf dan tidak mengulanginya lagi. Masalah nya ustaz suami di mulut memafkan tetapi setiap kali dia teringat kisah tu dia akan suka-suka memarahi saya dengan kata-kata kesat seperti pelacur. jalang dan macam-macam lagi. Kadang-kadang sampai tahap pkul memukul dihadapan anak-anak. Saya terpaksa berpura-pura redha ape yang dia buat pada saya pada hakikatnya hati saya sakit dengan kata-kata kesatnya. Hati saya bila dia ada saya jadi kurang tenang tapi bila dia keluar memancing continh nya saya jadi tenang. Apakah maksud nya keadaan tu ye ustaz adakah kami terkena sihir atau balasan allah pada saya. Terima Kasih Ustaz |
File Upload: |
Puan, keterlanjuran itu ditutupi dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Dengan ketulusan taubat itu, hendaknya Allah menutupi keaiban kita masa silam. Selalulah solat taubat dan kembali kepada Allah.. DIA penentu terbaik dalam kehidupan kita.
Suami yang memaafkan itu sudah cukup untuk dia menerima puan kembali sebagai isterinya. TIndakannya selepas itu, seperti memukul dan mengungkit adalah tindakan zalim yang tidak sepatutnya dilakukan. Sudah memaafkan, seharusnya ia sudah dilupakan..
Bersabarlah dahulu puan, mungkin pada diri suami juga ada kelemahannya. Cubalah bawa berbincang dan memujuk suami untuk sepenuhnya menerima isteri.. Ingatkan suami, suami juga punyai kelemahan tersendiri.. mungkin banyak rahsia suami yang Allah tidak dedahkan, Allah tutupi.. kembalilah dia kepada penghayatan agama yang murni.
Orang baik, dia tak berdendam.. so kenalah bawa dia ke jalan yang baik..
tk
Visitor IP: 14.1.193.84
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.