Soalan: was was
Nama*: | Hadi |
Tajuk*: | was was |
Message*: | Salam ustaz minta maaf kerana tny soalan remeh ini..sy belum dpt lgi keyakinan yg kuat utk lawan gangguan..ustaz ketika adik sy datang ke rumah kebiasaannya sy akan laung2 nama adik sy tanda gembira tp ade satu lintasan talak..sy kurang pasti adakah sy sebut atau tak..xde pulak sy dgr..tp lintasan ini sngt menggangu fikiran sy.sudah cuba utk lupakan tp sngt susah..kerja harian sy pun terjejas..ustak kalau ragu2 ikut islam di kira mcm mane?? Adakah boleh sandar kepada x sebut??sedalam2 hati sy mengatakan x sebut cuma ade gangguan kata sy sebut..minta maaf ustaz..mohon nasihat ustaz dpt bantu sy kuatkan keyakinan sy utk hadapi godaan syaitan.. |
File Upload: | |
Salam
Hindari was-was dan lintasa yang mendatang..
Saudara sendiri kena yakini diri dan berusaha menghilangkannya..
tk
Visitor IP: 175.145.230.98
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.