Nama*: | Isma |
Tajuk*: | Ingin kepastian sama ada talak tiga di jatuhkan keatas saya |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanyakan isu berkenaan hal saya dan suami. Adakah saya di jatuhkan talak tiga atau tidak? Untuk pengetahuan ustaz saya adalah isteri kedua kepada suami dan tiba-tiba isteri pertama tidak redha suami berkahwin dua. Dengan paksaan kami bertiga bersemuka untuk menyelesaikan masalah di antara kami. Tiba-tiba semasa kami bersemuka dan berdiscuss, isteri pertama dengan paksaan mengugut suami untuk menceraikan saya dengan menyatakan tidak akan benarkan anak-anak berjumpa dengan suami dan isteri pertama akan membuang suami dari keluarga sekiranya tidak menceraikan saya dengan talak tiga sekali gus. Bukan itu sahaja, emak suami dengan memberi ugutan kepada suami juga akan membuang suami dari keluarga dan akan memastikan suami keluar dan tidak berjumpa dengan ahli keluarga dan tidak menghalalkan semua keadaan. Atas hormati pemintaan emak suami sendiri ini kerana syurga suami kepada emak. Walaupun tanpa kerelaan suami dengan paksaan dan desakan isteri pertama yang berada di hadapan suami dan dengan berat suami melafazkan talak tiga sekali gus keatas saya selepas di ugut emak sendiri dan isteri pertama. Sebelom suami melafazkan talak tiga, saya hanya berdiam dan mendengar suami melafazkan sahaja. Saya redha dengan ketentuan ilahi dan terima qada' dan qada yang menimpa saya. Dengan berat suami melafazkan talak tiga dengan sekali lafaz. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz sama ada saya di jatuhkan talak tiga walaupun suami tidak ingin melafazkan sebarang talak keatas saya walaupun talak tiga sama sekali tetapi ini adalah ugutan yang di terima dari emak yang melahirkan suami dan isteri pertama. Beberapa hari kemudian, suami menelefon saya dan meyatakan yang beliau tidak sama sekali ingin melafazkan talak tiga ke atas saya mahu pun menceraikan saya kerana atas desakan dan ugutan org sekeliling. Saya paham masalah yang di hadapi suami dan memberitahu saya redha dengan apa yang berlaku. Tetapi suami tetap bertegas tidak mahu melepaskan saya dan dia di paksa waktu itu dan inginkan saya kembali. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz adakah talak yang di jatuh kan ke atas saya adalah sah talak tiga? walaupun suami di ugut? saya ingin kepastian kerana saya tau suami tidak maksudkan sama sekali. |
File Upload: |
Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak ke atas puan. Paksaan dan ugutan seperti itu tidak boleh menjatuhkan talak, kerana talak adalah atas kerelaan (pilihan) suami. Pada pendapat saya, puan masih menjadi isterinya yang sah.
tk
Visitor IP: 175.139.151.153
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.