Nama*: | Nur Liyana |
Tajuk*: | Lafaz Taklik |
Message*: | Assalamualaikum ustaz. Saya ingin meminta nasihat ustaz tentang situasi yg sedang saya hadapi ini. Saya mohon agar ustaz dapat memberikan sedikit pencerahan dalam masalah ini. Pada May 2013, suami saya telah melafazkan taklik berbunyi "Kalau awak berjumpa dengan mana-mana lelaki, jatuh talak 1". Taklik dilafazkan selepas beberapa hari berlaku salah faham antara kami. Kerjaya saya pula yang terpaksa berdepan dengan ramai orang menyebabkan saya rasa mustahil untuk menuruti syarat taklik tersebut. Saya nyatakan hal ini kepada suami dan suami telah beberapa kali menukar lafaz taklik tersebut dengan memperincikan syarat taklik tadi. Saya beberapa kali merasa keliru, adakah boleh lafaz taklik diubah beberapa kali semudah itu. Suami juga yang cetek ilmu agama tidak mahu membuat mana-mana rujukan. Saya berasa tertekan kerana keliru dengan lafaz tersebut. Beberapa bulan kemudian saya dengan sengaja melanggar lafaz taklik tersebut. Maka saya maklumkan pada suami saya dan suami telah memfailkan ke mahkamah syariah. Dalam borang pengesahan cerai lafaz taklik, suami telah menulis lafaz taklik yang telah diubah, bukan lafaz taklik yang asal. Suami menguruskan semua urusan di mahkamah dan saya hanya hadir pada tarikh yang ditetapkan. Hakim memutuskan lafaz taklik tersebut tidak sah. Pada masa itu, saya amat tertekan kerana saya sedar lafaz yang dinyatakan oleh suami bukanlah lafaz taklik yang sebenar. Selama 2 tahun rumahtangga kami tidak seperti dulu. Hari-hari kami bergaduh dan saya selalu meminta dia ceraikan saya. Saya merasakan serba tidak kena dengan hubungan kami. Sudah 3 bulan kami tinggal berasingan dan saya telah meminta khidmat nasihat di pejabat agama. Saya ceritakan kes di atas dan ustaz tersebut menyatakan lafaz taklik tidak boleh diubah. Ustaz tersebut menasihatkan saya memfailkan semula pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Saya mohon ustaz beri sedikit pencerahan, apakah sebenarnya status saya bersama suami selama 2 tahun ini? Apa yang perlu saya buat untuk tenteramkan hati dan jiwa saya. Selama 2 tahun saya merasa tidak selesa dengan suami. Mohon ustaz berikan nasihat pada saya. Terima kasih ustaz. |
File Upload: |
Terima kasih atas perkongsian kes ini.
Pada saya eloklah puan membuat semakan semula ke atas kes berkenaan di mahkamah. Biar mahkamah putuskan sama ada taklik berkenaan benar-benar sah atau terbatal. Setelah itu, ia mungkin boleh menenangkan puan.
Jika puan sudah tidak sehaluan dengan suami, saya berpendapat eloklah puan berpisah (bercerai) seketika. Jika ada jodoh kemudian hari, suami puan akan kembali.. Kadang kala perpisahan itu lebih mematangkan dan memberi pertimbangan baru, walaupun Islam tidak suka dengan perceraian.
Hubungan dalam tempoh dua tahun itu, kita berserah kepada Allah..
tk
Visitor IP: 14.1.200.219
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.