Sunday, August 30, 2015

Soalan: Jatuhkah talak?

Nama*:Nur Iman
Tajuk*:Jatuhkah talak?
Message*:Suami saya hanya pulang ke rumah 3 hari dlm seminggu kerana lebih kerap bermalam di rumah emaknya. Alasannya kerana penat utk memandu dan mahu jimat minyak. Jarak dr rumah kami ke tempat kerjanya adalah 30 minit memandu.

Pada suatu hari di dlm kereta saya meluahkan rasa hati saya yg sekian lama terpendam. Saya mengadu bagaimana saya keletihan saban hari menguruskan anak ke taska, mengambilnya pulang dan perlu melakukan kerja rumah serta memasak seorang diri. Di sebelah mlm pula saya kerap-kali bangun utk menyusukan anak. Saya juga meluahkan rasa hati yg telah lama tidak mendapat nafkah daripada suami... keperluan yuran taska anak, pampers, dan sebagainya... saya minta kepadanya utk bergilir2 atau bersama2 menyumbang utk keluarga..


Beliau kemudiannya menjawab begini:

"Kalau awak banyak bunyi, bak sini anak abang jaga, tahulah abg nk bg dia makan pakai".

Saya jawab:

"Abg nk bawa dia duduk rumah mak ke? Nak bagi siapa jaga? Kenapa abg tak nak sama2 jaga kat rumah kita. Tak salah abg belikan keperluan anak dan sama2 jaga dia kat rumah kita.."

Suami jawab:

"Kalau dgn awak, awaklah beli. Kalau dgn abg, abglah!".

Saya jawab:

"Knp mcm tu? Kita ni suami isteri ke berpisah?"

Suami jawab: "berpisah".

Saya jawab: "abg ckp apa ni. Ingat main2 ke..".

Suami jawab: "berpisah tu maksudnya duduk lain2 la bodoh! Nak sangat keeee".

Saya terus diam kerana bimbang suami memandu dlm keadaan emosi. 3 hari slps itu barulah kami slow talk dan saya mengajaknya ke pej agama utk mendapatkan khidmat nasihat. W/bagaimanapun suami tak setuju kerana katanya dia jelas dgn maksud berpisah yg diungkapkannya yg mana menurutnya itu sama sekali tidak merujuk kpd cerai tetapi merujuk kpd keadaan kami yg tinggal di rumah yg berasingan. (Jarak antara rumah kami dan rumah emaknya lebih kurang 40 minit).

Utk makluman ustaz, kejadian tersebut baru shj berlaku 2 minggu yg lalu. Justeru saya mohon pandangan ustaz adakah cukup pengesahan suami itu utk meyakinkan bahawa talak tidak jatuh atau kami wajib mendapatkan pengesahan drpd pej agama?

Terima kasih.
File Upload:
Salam..

Puan, dalam kes ini, kenyataan suami adalah diambil kira. Maksudnya 'berpisah' yang diertikan oleh suami ialah berpisah rumah bukannya cerai. Oleh itu, ia tidaklah terjadinya talak pada lafaz berkenaan.

Cuma yang saya pelik dengan sikap suami yang sepatutnya menguruskan rumah sendiri itulah yang lebih utama. Memang wajib lelaki menjaga emaknya, tetapi hendaklah dibuat dalam keadaan yang patut. Utamakanlah rumah isteri dan anak-anak untuk menjaganya, jika suami berlepas tangan seperti ini, dia telah menafikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

Puan, saya nasihatkan puan bawalah kes ini ke kaunselor atau sesiapa yang boleh membimbing suami puan. Mungkin kawan rapat dengannya boleh membantu menasihati erti tanggungjawab sebagai suami!

tk

Visitor IP: 210.186.52.147

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA