Thursday, August 13, 2015

Soalan: Pemohonan Sijil Kursus Kahwin

Nama*:wawa
Tajuk*:Pemohonan Sijil Kursus Kahwin
Message*:As salam,

Saya hendak bertanya, lagi 3 minggu sy akan bkahwin. Segala prosedur perkahwinan telah sy lakukan & hanya menunggu hari pnikahan.
Skrg sy berasa berat hati utk bkahwin dgn tunang. Dan bjumpa dgn pilihan baru kami akan bkahwin dlm tempoh 3 minggu dari skrg. Persoalan sy :

1. Sijil pra perkahwinan sy masih boleh digunakan @ sy perlu pergi mengikuti kursus semula?
2. Adakah pihak jabatan agama membuat khidmat kursus express (tidak perlu mnunggu hujung minggu)
3. Bagaimana jalan yang tbaik utk sy tempuh semua ini.


Terima Kasih.
File Upload:
Salam..

Pertamanya saudara kena banyak bertaubat, kembalilah kepada amal hidup Islami, peliharalah solat sebaiknya, jaga akhlak dan pribadi sesuai sebagai seorang lelaki muslim yang soleh.

Sijil perkahwinan biasanya boleh dipakai lama (seumur hidup?) Cukup sekali kursus untuk sekali kahwin..

Jalan terbaik ialah saudara kembalilah kepada tunangan anda. Pujuk dan bincanglah sebaiknya untuk saling membahagiakan.. Saat bertunang ni orang kata darah manis, ramai syaitan yang datang menggoda dan membelah bahagikan rasa cinta.. sebab itu saudara perlu kekuatan iman dan amal...

Kembalilah kepada dia dan pujuklah utk kahwin... lupakan yang lain.. hehe

Visitor IP: 175.141.236.157

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA