Nama*: | Hana |
Tajuk*: | Lafaz Taklik |
Message*: | Salam Ustaz, sy dh suami telah bernikah selama 8 tahun.. Suami sy mempunyai tabiat akan memaki hamun dan memukul setiap kali dia marah.. Selama ini dia akan memanggil sy babi, sial atau gemok setiap kali marah, dan saya akan cuba bersabar. Tp pada suatu hari dia memanggil anak saya yg sedang demam panas dengan panggilan "kau ni mmg pembawa sial, tak habis2 menyusahkan orang". Sy tahu sy tak mampu untuk melawan dia, dengan hati yang marah dn terluka kerana dia memaki hamun anak sy, sy menukar nama suami di dlm hp sy dgn gelaran sial.. kemudian suami sy terbaca nama tersebut. Dan dia melafazkan taklik kepada saya melalui sms "jika terjadi lg perkara seumpama ini maka terjatuhla talak satu".. Sy ingin bertanyakan ustaz, adakah jatuh talak jika selepas ini dia memaki hamun saya dn anak2 kemudian sy akan mengatakan di dalam hati semua makian yang dia hamburkan Allah balas kepadanya semula? Atau adakah jatuh talak jika setiap kali kami bertengkar? kerana bila sy tanyakan pada suami apa maksud taklik tersebut, dia mengatakan perkara yang seperti ini terjadi. |
File Upload: |
Ia adalah lafaz taklik yang sah sebab suami secara jelas ucapkan lafaz taklik. CUma kena pastikan yang mana satu dimaksudkan suami, mungkin pada ketidaksukaannya pada panggilan 'sial' atau perkara lain.. Kena pujuk suami dan pastikan @ tentukan perkara apa yang dimaksudkan pada hari kejadian supaya jelas takliknya itu.
tk
Visitor IP: 1.9.36.158
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.